Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 8, 2025 @ 3:40pm

Sharifah Amani Teruja, Reza Rahadian Impi Berlakon Bersama – “Semoga Kata-Kata Jadi Kenyataan”

Pelakon popular, Sharifah Amani meluahkan rasa teruja apabila aktor versatile Indonesia, Reza Rahadian terbuka dan mengimpikan untuk berlakon bersama dengannya.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di Instagram miliknya, Reza memaklumkan, dia sangat mengimpikan untuk berlakon bersama Sharifah Amani.

Katanya, Amani merupakan seorang pelakon yang hebat, bagus dan amat dikaguminya.

“Saya looking forward untuk bekerjasama dengan Zizan Razak dan satu aktres di Malaysia yang saya admire dan teringin untuk berkolaborasi adalah Sharifah Amani.

“Saya rasa dia seorang yang aktres yang bagus. Saya pernah melihat lakonannya menerusi sebuah filem dan Bront juga ada memaklumkan kepada saya mengenai filem-filem lakonannya,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharifah Amani (@sharifah_amani)

 

Sedar dengan pujian yang diterima, pemilik nama lengkap Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 39, teruja dan berharap apa yang diiginkan itu menjadi kenyataan kelak.

Bahkan, sebagai seorang peminat aktor berkelas ‘A’ itu, Amani juga menjelaskan, dia amat mengagumi kerja dan fleksibiliti yang dipamerkan Reza disetiap naskhah lakonannya.

“Saya telah mengagumi kerja anda untuk sekian lama. Fleksibiliti anda tiada tandingan, kasih sayang dan dedikasi anda terhadap kerajinan anda adalah teladan, setiap peranan dipersembahkan dengan tulus dan tanpa usaha. Gila.

“Terima kasih @officialpilarez. Semoga kata-kata menjadi kenyataan, mudah mudahan. Sampai diizinkan nanti,” tulisnya.

Dalam pada itu, Reza juga terbuka untuk menjalin kolaborasi bersama pelakon-pelakon di Malaysia.

Ini kerana, sebelum ini dia juga pernah berlakon bersama Bront Palarae dan Iedil Putra menerusi drama dan filem iaitu, Halfworlds dan My Stupid Boss.

“Waktu itu ada tapi kebetulan masanya tidak sesuai.

“Tapi ya saya sangat mengalu-alukan untuk berkerjasama dan berkolaborasi bersama aktres di Malaysia.

“Dan ada beberapa diantaranya saya pernah berlakon juga bersama di Indonesia seperti, Bront Palarae dan Iedil Putra,” kongsinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 30 Nov 2024

Roziana Cindy Cipta Sejarah Tersendiri, Jadi Penyanyi Singapura Pertama Berkolaborasi Dengan Ade Govinda

Roziana Cindy berkolaborasi dengan Ade Govinda menerusi lagu Paling Sejati.

Trending Fri, 15 Jan 2021
Drama Thu, 14 Dec 2023
Trending Wed, 7 Apr 2021

Usia Bukan Halangan Fhan Untuk Jadi Penyanyi & Rapper

Penyanyi baru, Fhan bermula sebagai penyanyi dan rapper profesional tahun lalu di usia 30 tahun. Namun, bagi Fhan, dalam berkarya soal usia bukanlah perkara penting asal saja seseorang itu mempunyai minat dan bakat. Malah, Fhan, […]

Hiburan Mon, 30 Sep 2019

Anak Jutawan Tapi…

Bagus Harris…sikap begini yang harus kita contohi!

Hiburan Sun, 4 Mar 2018

Haqiem Rusli Mahu Fokus Pada Kerjaya

Haqiem Rusli Mahu Fokus Pada Kerjaya Belum Lagi Ingin Bercinta

error: Content is protected !!