Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 30, 2024 @ 7:16pm

Roziana Cindy Cipta Sejarah Tersendiri, Jadi Penyanyi Singapura Pertama Berkolaborasi Dengan Ade Govinda

Bintang cantik Singapura, Roziana Cindy mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi penyanyi pertama dari negara itu yang  berkolaborasi dengan komposer terkenal Indonesia, Ade Govinda menerusi lagu Paling Sejati.

Lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh Ade itu adalah bukti dedikasi Roziana dalam menghasilkan karya muzik yang mendalam, merangkumi emosi tulus dan pengalaman hidup.

Istimewanya, Roziana yang juga seorang personaliti televisyen di Singapura adalah Penerbit Eksekutif untuk lagu dan muzik video Paling Sejati serta menggambarkan gabungan harmoni antara seni Singapura dan Indonesia.

Dihasilkan dan diiringi susunan muzik yang indah, Paling Sejati menggabungkan elemen balada moden dengan memberikan pengalaman audio yang unik kepada pendengar.

Menonjolkan keupayaan Roziana untuk membawa emosi dalam setiap bait lirik, lagu Paling Sejati mengupas keindahan cinta sejati dan rasa syukur, serta menggambarkan jalinan emosi dan ikatan yang tulus. 

“Dalam melodi yang penuh perasaan ini, setiap liriknya seolah-olah menggambarkan jalinan emosi yang kuat dan ikatan yang tidak tergoyahkan antara dua hati.

“Lagu ini mampu membawa pendengar menyelami lautan kasih sayang yang dalam, di mana setiap baitnya mencerminkan pengalaman cinta yang murni dan abadi.

“Selain itu, keindahan liriknya juga mengekspresikan betapa pentingnya menghargai setiap detik dalam sebuah perhubungan, merayakan momen-momen kecil yang membentuk ikatan itu menjadi sesuatu yang luar biasa. Bersyukur dengan cinta dan kasih sayang yang cukup tak membuat sesiapa terluka,” katanya.

Berkongsi lanjut, single itu dirakamkan di Jakarta, Indonesia dan video muzik (MV) menjalani penggambaran di beberapa lokasi menarik di Yogyakarta, Indonesia.

Roziana berkata, MV itu mempersembahkan latar kesenian budaya yang kaya serta meraikan kerjasama rentas budaya dalam dunia muzik serantau. 

“MV ini bukan sahaja menonjolkan elemen visual yang menggambarkan keindahan landskap dan tradisi tempatan, tetapi juga menguatkan naratif emosi yang dibawa oleh lagu ini dengan cara yang sangat berkesan.

“Dengan itu, MV ini tidak hanya berfungsi sebagai medium hiburan tetapi juga sebagai platform untuk memperkukuh hubungan antara pelbagai budaya di rantau ini,” katanya.

Roziana berharap lagu itu dapat menyentuh hati pendengar di Malaysia, terutamanya dalam kalangan komuniti Melayu. 

“Kejujuran dan keikhlasan dalam lirik serta melodi lagu ini diharap dapat memberi inspirasi dan menjadi simbol cinta sejati yang boleh dirasai bersama.

“Lagu ini adalah satu karya seni yang merentasi sempadan, memaparkan perpaduan antara budaya Singapura, Malaysia, dan Indonesia, mengukuhkan persaudaraan dan semangat bersama dalam menghargai muzik yang menyentuh jiwa.

“Justeru, saya berharap lagu ini dapat menyentuh hati semua pendengar dan menjadi inspirasi untuk menghargai kasih sayang dalam hidup. Sejujurnya, lagu Paling Sejati adalah luahan jiwa saya mengenai kepercayaan kepada cinta sejati,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 23 Sep 2023
Hiburan Mon, 20 Nov 2017

王源《蒙面》飆唱林宥嘉神曲!「三段高音」全场尖叫

中国人气团体TFBOYS由3个平均年龄17岁的少年组成,日前其一成员王源参加《蒙面唱将猜猜猜》,演唱林宥嘉的经典神曲。会参加这个节目,他进而透露了其中的原因,“现在可能我的人气盖过了我的歌声”,因此想戴上面具最直接地用声音来明白他的歌唱实力。

Featured Tue, 12 Nov 2024

Ruhainies Mengaku ‘Penat’, Kini Digosip Pula Bercinta Dengan Azrel Ismail – “Joke Of The Day!”

Ruhainies mengaku penat dengan tindakan segelintir netizen yang suka menyebar fitnah terhadap dirinya.

Featured Fri, 5 Jun 2026

“Rezeki Aku Bukan Dari Manusia, 100 Peratus Datang Dari Allah ”- Fimie Don Tampil Perbetul Persepsi

Fimie Don menepis pendapat segelintir pihak yang menganggap rezeki yang diperolehi seseorang adalah hasil bantuan dari manusia.

Featured Mon, 27 Sep 2021
Trending Tue, 17 Apr 2018

一看到书就想睡?用「它」阅读立刻变有趣!

对于习惯滑手机吸收新知的现代人来说,看到实体的书本,可能会稍嫌枯燥乏味,甚至读不到几页就就会有睡意来袭、犯困想睡!若你也深受其扰,可以试试(这个)……

error: Content is protected !!