Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin January 15, 2021 @ 3:58pm

Perlu Surat Kebenaran Polis Jika Mahu Ke Langkawi

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner, Ahmad Shukri Mat Akhir memaklumkan, semua penumpang feri terutama dari luar negeri ini yang hendak memasuki Pulau Langkawi melalui Terminal Feri Kuala Kedah perlu memiliki surat kebenaran polis.

Ini kerana, tindakan tegas perlu diambil untuk membendung penularan Covid-19 ke pulau lagenda itu.

Selain itu, perjalanan feri hanya dibenarkan melalui Kuala Kedah sahaja manakala laluan dari Kuala Perlis ditutup bagi mengelak pergerakan rentas negeri berlaku.

Tindakan tegas akan diambil

Manakala, semua penumpang haruslah mematuhi operasi standard (SOP) seperti yang disarankan oleh kerajaan.

Bagi semua penumpang dari luar Kedah yang tidak mempunyai surat kebenaran, mereka tidak dibenarkan menaiki feri dan tindakan tegas akan diambil serta merta.

Tambahnya lagi, pergerakan di terminal feri ke Langkawi sudah dikurangkan kepada satu perjalanan sehari namun setiap pergerakan memerlukan surat kebenaran kerana kebanyakan pengunjung ke sana terdiri dari luar pengunjung luar negeri Kedah.

Dan untuk makluman, hanya satu perjalanan pergi dan balik ke Langkawi beroperasi di Terminal Kuala Kedah.

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Oct 2025
Trending Thu, 12 Dec 2019

Ayah Sarung Kostum Arnab Duduk Tepi Jambatan Sambil..

Ramai yang pilu melihat akan situasi ini

familuv Fri, 27 Sep 2019
Trending Wed, 26 Sep 2018

Anak Gaduh Bapa Campur Tangan, Rakan Sekelas Mati Ditikam Tanpa Belas Kasihan! Kejamnya!

Budak lelaki dijumpai terbaring dan berlumuran darah di atas lantai bilik air.

Hiburan Tue, 23 Jan 2024
Featured Mon, 10 Apr 2023
Trending Mon, 11 Jun 2018

Supermodel Gigi Hadid Kembali Ke Pangkuan Bekas Kekasihnya Zayn Malik

Ramai yakin supermodel Gigi Hadid dan Zayn kembali bersama.

error: Content is protected !!