Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 8, 2025 @ 11:54am

“Welcome Back” – Hariz Hamdan Lega Hazwani Helmi Selamat Pulang, Netizen Usik Suruh Masuk Meminang

Pelakon, Hariz Hamdan mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik beberapa foto bersama sukarelawan dan aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi.

Menerusi perkongsian di TikTok miliknya, Hariz meluahkan rasa lega apabila Hazwani dan 22 aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) selamat tiba di tanah air, kira-kira jam 11 malam di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, semalam.

“Ya allah ya tuhanku. Terima kasih kerana melindungi mereka Ya Allah. Welcome back @Hazwani Helmi,” tulisnya ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat memgusik Hariz agar segera menghantar rombongan untuk meminang Hazwani yang dianggap sepadan dengannya itu.

Malah, ada juga segelintir netizen teruja Hariz hanya sering memuat naik foto dengan Hazwani di media sosial miliknya.


Hubungan Hariz dan Hazwani mula menjadi perbualan selepas mereka bergandingan dalam seama Iqbal.

Selain Hazwani, kakaknya, selebriti Heliza Helmi turut tersenarai antara 23 aktivis kemanusiaan GSF menuju ke Gaza namun semua kapal telah dipintas oleh tentera Isr**l dan mereka turut diseksa tidak diberi makan dan minum ketika dalam tahanan penjara zioni*.

Pada Isnin malam, semua 23 aktivis kemanusiaan akhirnya selamat tiba di Kuala Lumpur setelah melalui perjalanan yang panjang demi memperjuangkan hak dan solidaritu untuk Palestin dalam misi bantuan kemanusiaan GSF.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 24 May 2019
Featured Tue, 15 Aug 2023

[VIDEO] Pakai Spek Macam Rappers, Ramai Terhibur Gaya Pu Riz Jual Barang – “Caprice Ke DJ Khaled Ni?

Amboiiiiii, ni abah Bilal dengan Abbas ke? 😂🤣 Lain macammm ek 🤣🤣

Hiburan Wed, 3 Jan 2024

“Dah Lebih Setahun Saya Tiada Tawaran Besar” – Akibat Kontang ‘Job’ Berlakon, Lan Zailan Terpaksa Jual Kereta Kesayangan & Berniaga Kecil-Kecilan

Kasihannya sampai terpaksa jual kereta…min doakan abang Lan Zailan diberikan rezeki yang melimpah ruah Amin🤲🏻

Hiburan Thu, 28 May 2026

Pernah Diuji Hingga Dihalau, Dibaling Makanan… Ozlynn Syukur Rumah Tangga Masih Utuh

Ozlynn bersyukur kerana dia dan Johan sentiasa berdepan setiap ujian bersama-sama sepanjang melayari alam rumah tangga.

Featured Sat, 14 Sep 2024

#XTRAXSTAR2024: Ingin Menjadi Penyanyi Yang Hebat? Tips Dari Marsha Milan Ini Mungkin Dapat Membantu

Jadi, apa tunggu lagi??? Tips dari Marsha ni confirm dapat bantu korang serlahkan bakat di #XTRAXSTAR2024

error: Content is protected !!