Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 14, 2024 @ 11:31am

#XTRAXSTAR2024: Ingin Menjadi Penyanyi Yang Hebat? Tips Dari Marsha Milan Ini Mungkin Dapat Membantu

Pencarian bakat nyanyian XTRA XSTAR semakin dirasai.

Malah, penyertaan juga semakin meningkat dari semua peringkat usia.

Bagi mereka yang merasakan diri berbakat, namun masih berasa was-was untuk menyertai pertandingan ini, tips yang dikongsikan oleh pemenang tempat kedua Anugerah Juara Lagu Ke-36, Marsha Milan ini mungkin dapat membantu peserta.

Menurut Marsha, untuk menjadi seorang penyanyi yang bukan sahaja hebat tetapi juga penyanyi yang baik, seseorang itu haruslah sentiasa berfikiran terbuka.

Selain itu, peserta juga haruslah berani keluar dari ‘comfort zone’ iaitu berani mencuba sesuatu yang baru dan belajar untuk terus berkembang tidak kira lah dari segi genre nyanyian dan sebagainya.

Dalam pada itu, disiplin juga merupakan salah satu kunci utama untuk seseorang itu menjadi penyanyi yang baik.

Ini kerana, kerjaya sebagai seorang penyanyi kadang- kala sukar untuk menjadikan seseorang penyanyi itu pergi lebih jauh memandangkan ada diantaranya yang suka memandang remeh peluang yang ada didepan mata.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

Untuk info, XTRA XSTAR adalah inisiatif portal Xtra dalam pencarian bakat baharu untuk memberi peluang kepada mereka yang ingin bergelar penyanyi.

Dijalankan menerusi platform TikTok, menariknya kempen XTRA XSTAR ini tiada sebarang had penyertaan dan terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas.

Mudah sahaja, ini cara untuk menyertai pencarian bakat baharu XTRA XSTAR 2024:

1. Serlahkan bakat dan vokal anda dengan kongsi sahaja video nyanyian anda di platform TikTok, letakkan #XTRAXSTAR2024 dan tag akaun TikTok @xtra_my serta pastikan akaun berada dalam tetapan umum sebelum 22 September 2024.

2. Pemilihan lagu dan cara penyampaian emosi ketika menyanyi juga penting! Anda boleh menyunting video, tetapi tidak boleh menggunakan ‘voice effects’ seperti echo dan sebagainya. Penyertaan anda boleh dibatalkan serta merta!

3. Sebelum anda menghantar penyertaan, sila pastikan anda tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman dan pengurusan. Ini bagi memastikan tiada isu berbangkit antara mana-mana pihak sekiranya anda bergelar juara dan berjaya bernaung di bawah Alternate Records & Talent.

4. Video penyertaan anda akan dinilai oleh juri-juri profesional dalam industri hiburan termasuklah artis dibawah syarikat rakaman Alternate seperti Marsha Milan, Puteri Khareeza dan Bob Yusof.

5. Selepas penilaian dilakukan, seramai 20 peserta bertuah akan layak ke peringkat seterusnya di mana mereka akan diundi oleh orang ramai untuk merebut peluang ke Top 5 pusingan akhir XTRA XSTAR .

6. Lima peserta dengan undian tertinggi akan berentap di Studio Sri Pentas dan ditayangkan secara langsung menerusi platform TikTok bagi merangkul gelaran Juara!

Jangan lepaskan peluang anda untuk merebut gelaran Juara dan sekali gus bernaung di bawah syarikat rakaman Alternate Records & Talents!

Muat naik video nyanyian anda di aplikasi TikTok, sertakan #XTRAXSTAR2024 sebelum 22 September 2024 ini!

Untuk maklumat lanjut mengenai XTRA XSTAR, sila layari portal laman web di www.xtra.com.my/xtraxstar atau ikuti platform media sosial XTRA di TikTok, Instagram, Facebook dan X menerusi carian XTRA_MY.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 10 Aug 2018

5 Lokasi Char Kuay Teow Paling Sedap Di Sekitar Lembah Klang

Dah lah sedap, harganya pun berpatutan!

Hiburan Thu, 25 Sep 2025
Hiburan Sat, 29 Jun 2019

‘Hanya Saya Dan Fizo Sahaja Yang Tahu’- Isteri Mohon Orang Ramai Henti Spekulasi

Kita tidak perlu asyik nampak kesalahan orang atau pasangan sahaja. Diri kita belum cukup sempurna.

Featured Mon, 19 Jan 2026

“Ramai Sangat Isteri Tak Suka Buat Kerja Rumah, Bila Suami Ada Orang Lain Pandai Pula Mengamuk” – Fazley Yaakob

Fazley ada memuat naik kenyataan mengenai isu rumah tangga, khususnya berkaitan pembahagian tanggungjawab antara suami dan isteri.

Featured Tue, 12 Feb 2019

#GucciShowtime rentasi era kegemilangan muzikal Hollywood

Saksikan video promo #GucciShowtime memang meletop!

Events Mon, 25 Feb 2019

Kenapa dengan persembahan beremosi Bradley Cooper dan Lady Gaga di Anugerah Oscars?

Persembahan hebat mereka  bukan sahaja menyentuh emosi tetamu malah turut mendapat standing ovation daripada tetamu yang hadir dalam dewan tersebut,  persembahan mereka kini trending di laman Twitter dan dibanjiri dengan pelbagai komen daripada netizen.

Trending Fri, 10 Jul 2020
Featured Sat, 26 Apr 2025
Hiburan Tue, 7 Aug 2018

DSV Buat Perangai, Samakan Karipap Dengan ***

DSV samakan makanan dengan bahagian sensitif wanita???

error: Content is protected !!