Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 19, 2026 @ 12:18pm

“Ramai Sangat Isteri Tak Suka Buat Kerja Rumah, Bila Suami Ada Orang Lain Pandai Pula Mengamuk” – Fazley Yaakob

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob dilihat semakin lantang menyuarakan pendapat peribadinya menerusi  platform Threads, sekali gus mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet.

Terbaharu, pelantun lagu Asmara Ini itu memuat naik kenyataan mengenai isu rumah tangga, khususnya berkaitan pembahagian tanggungjawab antara suami dan isteri yang berlaku dalam kalangan wanita pada masa kini.

Katanya, terdapat sehgelintir isteri yang kurang berminat melakukan kerja rumah sehingga meletakkan tugasan itu dibahu para suami.

“Masalahnya sekarang, ramai sangat isteri tak suka buat kerja rumah. Suami end up buat semua benda, dari mop lantai, memasak, mandikan anak-anak, gosokkan tudung, basuh baju, cuci pinggan, kemas bilik.

“Memanglah isteri tu harus di layan bak permaisuri. Tapi takkan lah satu benda pun isteri tak buat?,” katanya.

Tambahnya, situasi itu akan menjadi lebih rumit apabila golongan suami sudah bosan sehinggakan berlaku konflik dalam rumah tangga.

“Bila suami ada orang lain, isteri pandai pulak mengamuk,” jelasnya.

Meskipun ada yang bersetuju dengan hantaran tersebut, namun tidak kurang juga yang menganggap kenyataan itu terlalu sensitif terhadap peranan wanita dalam institusi keluarga.

Malah, ada segelintir netizen yang tampil mempersoalkan tindakan Fazley itu sengaja dibuat untuk mencipta kontroversi dek kerana semakin sendu.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Mon, 29 Apr 2024
Trending Fri, 16 Nov 2018

Gadis Terdesak Lelong Dara Dengan Harga RM12 Juta?

Giselle dikatakan telah berjaya menemui ‘pembelinya’ yang sanggup membeli pada harga lebih 12 juta

Hiburan Thu, 19 Dec 2019

Hanya Mampu Berdoa, Saharul Ridzwan Harap…

Untungnya dapat suami yang memahami…

Hiburan Sun, 7 Jul 2024

Pilih Model Jadi Suri Hati, Sean Lee Sah Bergelar Suami!

Wahhh, congrats Sean Lee and wife 😘😘

Trending Thu, 10 Dec 2020
Featured Mon, 20 Jun 2022
Featured Wed, 12 May 2021

Polis Guna Dron Pantau Pematuhan SOP Hari Raya Di Kawasan Perumahan

Tahun ini merupakan tahun kedua buat seluruh umat Islam  menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan  akan menggunakan dron untuk memantau pematuhan SOP di […]

error: Content is protected !!