Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 15, 2023 @ 4:04pm

Sebaknya! Buat Ucapan Hari Ibu Untuk Diri Sendiri? Ramai Titip Doa Buat Puteri Sarah -“Dia Hebat Besarkan Anak…”

Pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, mencuri perhatian warganet selepas memuat naik hantaran di Instagram miliknya sempena sambutan Hari Ibu pada Ahad.

Menerusi perkongsian tersebut, Sarah dilihat memuat naik sepotong video menunjukkan momen suka dan dukanya bersama dua orang anaknya ketika mengerjakan ibadah umrah berserta kapsyen yang ditujukan untuk dirinya sendiri.

Malah, dia juga turut berterima kasih kerana peranan ibu menjadikannya manusia yang lebih baik untuk anak-anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah.

“Selamat Hari Ibu kepada ibu yang telah membesarkan anak-anak anda seorang diri seperti seorang hero. Terima Kasih.

“Terima kasih kerana menjadikan saya seorang yang lebih baik. Terima kasih kerana memberi saya tujuan yang lebih besar dan lebih baik dalam hidup @syaikhulsumayyah,” katanya.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut aktres itu berasa sebak apabila melihat perngorbanan Sarah dalam membesarkan anak-anaknya tanpa kehadiran suami disisi.

Malah, ramai yang memuji Sarah adalah contoh wanita kuat yang tidak pernah mengaku kalah dan berputus asa walaupun terpalit dengan kontroversi melibatkan rumah tangganya bersama suami yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

“Sarah ibu yang hebat. Moga segala pengorbanan sis dibalas dengan syurga yang indah dari Allah.

“Jadilah ibu yang hebat untuk Syaikhul dan Sumayyah. Bukan senang nak besarkan anak tanpa suami, sangat respect dengan Sarah.

“Happy Mother’s Day Superwoman! Moga sentiasa menjadi wanita yang selalu dikagumi.

“Sedihlah… satu video yang penuh bermakna. Sarah ibu yang kuat!

“Ternangis pula tengok video ni. You are very strong woman Sarah. Stay fokus dan jangan mudah mengaku kalah,” komen netizen.

Sekadar info, Puteri Sarah sebelum ini telah memfailkan tuntutan balas nusyuz terhadap suaminya, Syamsul dan dalam masa sama memfailkan pembelaan terhadap tuntutan nusyuz Syamsul terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Dan, Hakim Syarie Maizatul Aliza Chee Din telah menetapkan 14 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes dengan kedua-dua pihak perlu hadir ke mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tak Depress, Saya Happy!”- Bak Pengantin, Puteri Sarah Liyana Tampil Berbusana Putih Hadir Kes Perceraian Bersama Syamsul Yusof

ARTIKEL BERKAITAN:Peguam Syamsul Yusof Perjelas Punca Tak Jadi Cerai & Tuntutan Diskaun Nafkah Antara Puteri Sarah – “Jangan Tengok Sebelah Pihak Sahaja”

ARTIKEL BERKAITAN:“Mutaah & Nafkah Tertunggak RM500,000” – Bidas Kenyataan Suami, Puteri Sarah Dakwa Ada Foto & Video Tak Senonoh Syamsul & Ira Sebelum Kahwin?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 21 Mar 2021

Elizabeth Tan Dikhabarkan Sudah Berkahwin?

Mesti ramai yang patah hati ni..

Featured Fri, 4 Mar 2022
Featured Wed, 30 Mar 2022

#WhazzupNetizen: Aedy Ashraf Lamar Amelia Henderson, Will Smith Tempeleng Chris Rock & Pensyarah Hina Golongan B40

Segala komen baik positif mahupun negatif dilemparkan oleh netizen ya.. Fuh, panass 🔥

Featured Wed, 21 Jan 2026

“Memang Kena Jadi Penjilat Baru Orang Sanjung? Maaf Sis Tak Pandai Ikut ‘Trend Lalang'”- Rita Rudaini

Rita tampil mempersoalkan mengapa niat baik seseorang sering disalah tafsir sekali gus menjadi sasaran kecaman.

Trending Sat, 26 Oct 2019

“Tolong Jangan Percaya,” Ada Pihak Cuba Fitnah Tunku Azizah

Dakwa Baginda Jalankan Program Matawang Digital

Hiburan Sun, 18 Jun 2023

Tutup Ruangan Komen, Nabila Razali Luah Ucapan Buat MK K-Clique & Siti Hajaar

Semoga Bella pun jumpa jodoh yang baik jugaa ☺️❤️

error: Content is protected !!