Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 21, 2026 @ 7:30am

“Memang Kena Jadi Penjilat Baru Orang Sanjung? Maaf Sis Tak Pandai Ikut ‘Trend Lalang'”- Rita Rudaini

Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir pihak yang didakwa gemar mengecam individu lain meskipun niat asal  individu tersebut adalah untuk membantu secara ikhlas.

Menerusi hantaran di media sosial, Rita tampil mempersoalkan mengapa niat baik seseorang sering disalah tafsir sekali gus menjadi sasaran kecaman.

“Kalau niat untuk bantu orang dengan ikhlas memang tak boleh ye? Memang orang  tak suka, orang keji?

“Kena berlagak, sombong, angkuh, dengki, busuk hati, fake, menipu, penjilat. Baru orang sanjung dan layan hang baik, faham,” katanya.

Jelas Rita, dia bukanlah individu yang bersikap bermuka-muka yang juga disifatkannya sebagai ‘trend lalang’.

“Saya tak tahu pula trend zaman sekarang macam ni. Maaf lah, sis tak pandai nak ikut ‘trend lalang’.

“Semoga maju jaya lah dunia dan akhirat,” luahnya.

Meskipun tidak mengulas lanjut mengenai isu tersebut, namun rata-rata warganet bersetuju dengan luahan peribadi aktres itu.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 20 Sep 2025

“Tak Perlu Paksa Artis, Kalau Ada Perikemanusiaan Mereka Akan Bersuara” – Rashidi Ishak

Rashidi Ishak berpendapat orang ramai tidak sepatutnya mendesak selebriti untuk bersuara isu G

Eat Travel Sat, 27 Jun 2020

Makan sushi di rumah sendiri sepanjang PKPP

Tak perlu ke Jepun untuk makan sushi segar

Featured Mon, 11 Oct 2021
Trending Tue, 15 Sep 2020
Trending Fri, 6 Nov 2020
Trending Thu, 2 Jul 2020
Hiburan Thu, 16 Nov 2023

Pembunuh Along Spoon Terlepas Hukuman Penjara Sepanjang Hayat

Perkembangan terkini kes pembunuhan Along Spoon sekitar tahun 1999

Featured Fri, 27 Jan 2023
error: Content is protected !!