Euforia Bola 2026
Featured By: Dharnieya Nur Amelsa November 1, 2022 @ 4:32pm

“Duda Terhangat Di Pasaran” – Shuib Dedah Terima DM Makcik & Wanita Yang Mahu….

Baru-baru ini, pelawak dan usahawan terkenal Shuib Sepahtu mengakui ada mendapat banyak Direct Message (DM) dihantar oleh ‘makcik-makcik’ yang ingin menjadikannya sebagai menantu mereka.

Menerusi temu bual bersama Nabil di program MeleTop, Shuib turut memberitahu dia mendapat mesej peribadi yang dihantar oleh wanita-wanita yang ingin menjadikan dirinya sebagai teman hidup.

Sebelum ini, Shuib turut memberitahu empat orang anaknya memerlukan seorang peneman selepas kehilangan ibu mereka, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

Namun, Shuib masih lagi enggan berkongsikan mengenai statusnya yang kini kerana belum bersedia untuk mendedahkannya kepada umum.

Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna @m.mish4 di laman TikTok, ramai yang memuji ketampanan yang dimiliki oleh Shuib.

Bukan itu sahaja, penampilan Shuib semasa di dalam rancangan tersebut turut mencuri perhatian warganet apabila ramai yang mengatakan dirinya sebagai duda terhangat di pasaran.

Malah ramai juga yang memberi pujian di atas penampilannya yang kini sering tampil kemas dan bergaya tidak seperti sebelum-sebelum ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersetuju Shuib adalah antara duda ‘hot’ yang semakin meraih perhatian ramai.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 9 Dec 2019

Inul Daratista Bongkar Rahsia Suami, Rupa-Rupanya…

Alala, comel je pasangan ni kan…

Hiburan Sun, 4 Sep 2022

Selepas 7 Tahun Berkahwin, Nad Zainal Sah Bercerai

Nad Zainal sah bercerai dengan suami.

Featured Sun, 13 Feb 2022
Featured Tue, 20 Dec 2022
Hiburan Thu, 26 Feb 2026

Terima Tawaran Palsu, Diganggu Peminat… Hadie Elfardie Terkejut Ada Wanita Ajak Kahwin

Ada pihak cuba mendekati Hadie Elfardie secara berlebihan, malah ada yang ajak anak bujang Ina Naim ni kahwin!

Featured Mon, 13 Feb 2023
Trending Fri, 12 Jul 2019

Dakwaan Fitnah, Siti Kassim Kena Saman RM2 Juta!

Firdaus Wong Wai Hung mengemukakan saman sebanyak RM2 juta ke atas peguam dan aktivis sosial, Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim pada Jumaat.

Selebriti Sun, 17 Apr 2022

Suki Low Kembali Dengan Single Terbaharu, Nelangsa

Lagu OST filem pertama buat Suki Low

Hiburan Sun, 21 Jul 2019

Ruhainies Lega Dapat ‘Green Light’

Ruhainies merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

error: Content is protected !!