Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 5, 2024 @ 3:23pm

“Jangan Buat Aku Hilang Hormat Dengan Orang Islam, Bangsa Sendiri” – Fathia Latiff

Pelakon sensasi, Fathia Latiff meluahkan rasa berang apabila azan Maghrib di Masjid Shah Alam diawalkan seminit tanpa mengikut waktu yang telah ditetapkan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fathia berkongsi tangkapan skrin menunjukkan waktu solat di sekitar kawasan Shah Alam.

Dalam tangkapan skrin tersebut, Fathia membulatkan waktu azan Maghrib yang sepatutnya masuk pada waktu 7:29 malam.

Fathia Latiff

Fathia Latiff

Menerusi perkongsian di Instagram, aktres drama rantaian popular Ariana Rose itu berkata insiden berkenaan boleh membuatkan dia hilang hormat pada agama Islam dan bangsa Melayu.

“7:28 malam azan? Majlis Islam Shah Alam please take note. Jangan buat aku tak respect dengan orang Islam atau bangsa aku sendiri.

“Kau agak-agak la. Dengan azan pun kau nak main-main. Aku kalau buat dosa, orang boleh terima lagi la aku bukan Ustazah.

“Kau tu laungkan azan Ya Allah! Dah banyak kali dah jadi surau dan masjid Shah Alam ni azan sebelum masuk waktu. Apa ni? Majlis Islam, Mufti Shah Alam please take note,” tulisnya di Instagram Stories (IGs), baru-baru ini.

Fathia Latiff

Fathia Latiff

Terdahulu, nama Fathia menjadi sebutan hangat di media sosial selepas dia secara terbuka mengkritik wajah jelita selebriti Zahirah Macwilson seperti bibik.

Malah, ramai mendakwa Fathia mempunyai sakit mental gara-gara perwatakannya yang seolah-olah tidak terurus, namun begitu aktres ini menafikan dakwaan tersebut.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “I Really Thought She Is…” – Masih Tak Berpuas Hati, Fathia Latiff Perli Gaya Zahirah Macwilson Cakap Bahasa Inggeris?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bengang Heliza Helmi Masuk Campur Isu Suami Scammer, Fathia Latiff Tampil Beri Teguran! – “Fake! Kau Acah Jihad, Tunjuk Baik Konon Ada Mesej Aku ”

Artikel Berkaitan: “Cuba Check Laki Kau Orang Dah Pernah K*ngk*k Dengan Siapa-Siapa Ke? – Fathia Latiff Tegur Netizen ‘Bitter’ Isu Zahirah Macwilson & Aiman Hakim

Artikel Berkaitan: Tak Anggap Kongsi Foto Aiman Hakim Sebagai Mengganggu Rumah Tangga, Status Kesihatan Mental Fathia Latif Cetus Tanda Tanya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 May 2026

“Tak Perlu Kejar Takhta” – Awie Tegas Gelaran ‘Raja Rock’ Selayaknya Milik Amy Search

Bagi Awie, sumbangan besar Amy sebagai pelopor irama rock di negara ini sudah cukup untuk mengangkat legenda itu sebagai figura nombor satu

Featured Tue, 1 Nov 2022

Buat Kerja Amal, Shaza Bae Jual Sebahagian Baju Untuk Didermakan

Pelakon tinggi lampai Shaza Bae meraih pujian warganet kerana menjual baju-bajunya dan separuh keuntungan hasil jualan baju tersebut akan didermakan kepada golongan yang memerlukan. Shaza memberitahu kepada warganet semasa sesi live di Instagram, dia merupakan […]

Featured Mon, 30 Dec 2024

Shuib Mengamuk! Dedah Wajah Individu Tipu RM1 Juta Atas ‘Tiket’ Kawan – “Kau Tipu Aku Dengan Cara Paling Cilak*!”

‘Cara kau tipu aku memang kau jenis tak ada hati perut punya manusia’ -Shuib

Events Fri, 8 Feb 2019

#WinWithXtra: Enjoy a Day Filled with Joy at The Skytropolis Funland in Genting

It will be a fun getaway with family and friends regardless of age!

Hiburan Fri, 30 Aug 2019

Erra Fazira Kongsi Pengalaman Di Tanah Suci

Saya nampak awan hitam berarak sebelum hujan turun dengan sangat lebat…

error: Content is protected !!