Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 29, 2024 @ 1:25pm

Kerap Muat Naik Video Seksi Di IG, Nonny Nadirah Nafi ‘Attention Seeker’ – “Kita Iman Turun Naik, Tak Perlu Nak Perbesarkan”

Pelakon dan penyanyi sensasi, Nonny Nadirah tampil menjelaskan mengenai tindakannya yang sering memuat naik video panas menerusi akaun Instagram miliknya.

Kata Nonny, apa yang dimuat naik di platform sosial medianya itu bersebab sekaligus menafikan dakwaan dia sengaja mencari publisiti murahan atau cuba menjadi ‘attention seeker’.

“Saya memang minat,  cumanya tak tahu kenapa setiap perkongsian yang saya buat tu mencuri tumpuan peminat. Sedangkan ada saja artis lain, saya tengok di Instagram botakkan kepala. Tapi tak menjadi bualan.

“Bila saya saja benda itu menjadi. Media sosial untuk semua orang dan boleh cakap tentang sesiapa. Nak cakap pasal attention seeker, siapa ada media sosial semua attention seeker.

“Video botakkan kepala pula, sekadar nak beritahu orang bahawa anda boleh potong rambut sendiri di rumah. Tak payah keluarkan duit pergi kedai. Duit itu mereka boleh simpan atau beli benda lain.

“Video promosi produk sambil bertuala, saya sekadar ingin membantu mempromosikan produk tersebut. Tetapi tak sangka video itu ditarik semula.

“Selepas ini saya perlu berjaga-jaga. Lebih selektif dalam membuat ulasan tentang sesuatu produk,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Makin Panas! Berkemban & Terk*ngkang Sambil Promosi Produk…. Nonny Nadirah Buat Hal Lagi

ARTIKEL BERKAITAN:Video Nakal Bukan Akibat Memberontak, Nonny Nadirah Bertegas Tak Pernah Alami Depresi – “Kalau Nak Follow Saya Kena Berfikiran Terbuka”

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Jual Produk, Bukan Jual P***” – Nonny Nadirah Mengaku Seksi Tapi Tak Jual Diri Untuk Cepat Kaya

Tambahnya yang mengakui iman turun naik, Nonny berpendapat, perkara tersebut tidak perlu diperbesarkan, sebaliknya mendoakan yang terbaik untuk dirinya.

“Saya nak sangat orang mendoakan yang terbaik untuk diri saya. Saya tak pernah ada hasad dengan sesiapa, siapa pun dia. Millionaire ke? Anak Datuk ke? Anak kerabat ke? Allah tak pernah ajar macam tu.

“Saya sentiasa bila berkawan dengan orang, sangat jujur. Saya sayangkan mereka kerana Allah SWT begitu juga sebaliknya.

“Lagipun, kita iman turun naik, nak cerita lebih-lebih pun sebenarnya kita dah besar panjang. Tak perlu nak diperbesarkan. Cukup orang terdekat sahaja tahu diri saya macam mana,” jelasnya.

Mengulas mengenai penampilannya yang dikatakan ‘daring’ dan seksi, bekas peserta program realiti nyanyian popular ini berkata, seksi itu adalah sesuatu yang subjektif kerana dia menganggap penampilannya itu sama sahaja seperti orang lain.

“Bila saya pakai macam tu, seksi sangat ke? Saya macam …. Sebab bagi saya, tengok orang lain tak macam nampak seksi sangat pun.

“Kalau nak cakap terlampau seksi, pelakon lama seksi juga. Sekarang, kalau buka media sosial banyak yang macam tu. Tapi bagi saya, istilah seksi atau tidak, ada saja pakai macam itu tapi tidak ada yang jadi bahan bualan,” ujarnya.

 

 

Sumber: F8Buzz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 3 Jul 2024
FESYEN Fri, 5 Apr 2019

Harga Mampu Milik! Dapatkan Telekung Nur By Arjana

Jangan risau, korang boleh dapatkan potongan harga sebanyak 10% dengan mangaktifkan kod promosi di www.blancheur.co. Diskaun harga ini terhad sehingga 10 April 2019!

Featured Thu, 10 May 2018

Susu Emas Minuman Berkhasiat Yang Versatil Dan Resipinya Boleh Dipelbagaikan

Perihal minuman kecantikan yang satu ini iaitu susu emas pernah tular kerana bukan saja warna keemasannya yang menggoda selera tetapi juga khasiat yang terdapat di dalamnya.

Featured Wed, 8 Apr 2026

“Jangan Dipaksa Nadzmi Adhwa Melarang Ardell Ke Sumud” – Kenyataan Didakwa Kasar, PU Rahmat Mohon Maaf 

Menurut PU Rahmat, membenarkan dan menyokong semangat jihad isteri adalah hak individu masing-masing

Hiburan Wed, 18 Mar 2026
Hiburan Tue, 30 Apr 2019

Alhamdulillah! Pengarah Terkenal Dengan Drama Dan Kontroversi Sah Peluk Islam

“Saya tidak mahu perkara ini diperbesarkan kerana ianya antara saya dan Allah”,tambahnya lagi.

Featured Fri, 15 Jun 2018
Trending Fri, 24 Jan 2020

POWER! Nenek Usia 84 Tahun Ini Jadi Bintang Porno Untuk Sara Keluarga

Perkara ini bukan baru di negara matahari terbit tau!

error: Content is protected !!