Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 18, 2026 @ 3:46pm

“Setiap Jumaat Penuh Satu Lori Keperluan Asas & Beras” – Individu Dedah Fazura Konsisten Bersedekah Tanpa Publisiti

Personaliti sebenar pelakon dan usahawan terkenal, Fazura sekali lagi menjadi perhatian apabila satu perkongsian di platform Threads tular, mendedahkan sisi murni selebriti itu yang dikatakan gemar bersedekah secara senyap.

Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna dikenali sebagai Hafiz Mohamed Nassir, Fazura digambarkan sebagai individu yang tidak pernah berkira dalam memberi, namun memilih untuk tidak menghebahkan amalan tersebut kepada umum.

Menurutnya, banyak perkara baik yang dilakukan oleh Fazura atau nama lengkapnya, Nur Fazura Sharifuddin, 43, tidak diketahui ramai kerana aktres itu lebih selesa melakukannya secara diam tanpa mengharapkan pujian atau perhatian.

“Antara yang saya pernah lihat sendiri, setiap hari Jumaat akan ada bantuan makanan dihantar kepada anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan.

“Satu lori penuh dengan beras dan keperluan asas. Perkara itu dilakukan secara konsisten tapa hebahan, tanpa publisiti,” katanya.

Perkongsian tersebut turut mendapat sokongan daripada pengguna lain yang berkongsi pandangan sama, mengakui sifat pemurah Fazura bukanlah perkara baharu dalam kalangan kenalan rapat.

Malah, ada juga segelintir pihak mengatakan rezeki melimpah yang dinikmati selebriti itu adalah hasil daripada sikapnya yang gemar memberi serta menghargai orang di sekeliling.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memuji keperibadian Fazura yang dianggap sebagai contoh selebriti berjiwa besar, selain mengekalkan sifat rendah diri meskipun terkenal.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 29 Apr 2019

MV Terbaru Taylor Swift “ME!” Catat Tontonan Tertinggi Di Youtube Dalam Masa 24 Jam

Taylor Swift sekali lagi mencipta magis apabila  berjaya mendapat tontonan tertinggi di Youtube menerusi muzik video terbaru beliau,’ME!’. 

Hiburan Mon, 24 Mar 2025

Kes Cerai: Diana Danielle Kekal Pendirian Mohon Dilepaskan, Farid Kamil ‘Kunci Mulut’

“Cepatlah selesai, banyak kali dah turun naik mahkamah. Benda yang sama juga,” – Diana Danielle

Hiburan Mon, 16 Jul 2018

Wow! Hotel Transylvania Kutip RM 178 Juta

Ia sekali gus menyingkirkan filem di tempat pertama minggu lalu, Ant-Man and the Wasp, yang kini di kedudukan kedua dengan kutipan AS$28.8 juta (RM116.6 juta) pada hujung minggu lalu.

Featured Thu, 18 Feb 2021
Featured Sat, 12 Aug 2023
Events Tue, 3 Sep 2019

Swiss Dream Circus Gerenti Luar Biasa!

Swiss Dream Circus happening giler!

error: Content is protected !!