Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 13, 2023 @ 12:30pm

Trending Di Twitter, Ramai Pertikai Kredibiliti Bunga Isme Jadi ‘Opening Act’ Konsert Coldplay

Selepas berkongsi berita gembira kepada pengikutnya sejak semalam, penyanyi lagu 16 Baris, Bunga Isme meluahkan rasa syukur apabila terpilih sebagai artis yang akan membuat persembahan pembukaan bagi konsert siri jelajah dunia kumpulan popular antarabangsa, Coldplay yang akan berlangsung pada 22 November nanti.

Namun, menerusi tinjauan XTRA di laman Twitter, berita itu menerima respons negatif dari segelintir peminat yang mempertikaikan kredibiliti Bunga yang dipilih sebagai ‘Opening Act’ bagi konsert berkenaan.

 

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir netizen yang menerima baik berita tersebut apabila berbangga dengan pencapaian Bunga beraksi di pentas yang sama bintang antarabangsa itu.

Bahkan, mereka juga meletakkan harapan yang tinggi kepada penyanyi berkenaan untuk membuat persembahan yang terbaik pada hari tersebut.

“Aku tak nak cover nama mereka yang mempertikaikan Bunga. Memang layak Malaysia tak dapat second show.

“Bunga, if you are reading this, saya sangat bangga dengan anda kerana berjaya menjadi opening act untuk konsert Coldplay di Kauala Lumpur nanti. 

“Dari 16 Baris ke pentas antarabangsa. Aku bangga!,” ciap peminat berkenaan.

 

 

Sedar dengan tindakan netizen yang memberikan respons positif terhadapnya, Bunga dilihat tampil membalas ciapan berkenaan dan mengucapkan terima kasih kepada peminatnya itu.

Malah, dia berjanji akan memberikan persembahan yang terbaik pada malam konsert nanti.

Terdahulu, Bunga atau nama sebenar Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 23, teruja dengan tawaran yang diberikan sekaligus memaklumkan dia akan membawa dua buah lagu pada konsert tersebut bersama band pilihannya.

ARTIKEL BERKAITAN:Bunga Isme Dilamar Jadi Penyanyi Pembukaan Konsert Coldplay – “Saya Sampai Hilang Kata-Kata…”

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 30 Oct 2018

Inilah Rasanya Naik Keretapi Laju Berkonsepkan ‘Hello Kitty’ Di Jepun

Peminat Hello Kitty mesti akan terpesona dengan setiap sudut kenderaan ini.

Featured Wed, 26 Nov 2025

“Takut Dah Terlalu Sedap Kritik Orang, Lupa Nak Tengok Diri Sendiri”- Erma Fatima

Erma Fatima tampil meluahkan keinginannya untuk kembali aktif menghasilkan karya, selain mengakui dirinya juga tidak terlepas daripada kecenderungan mengkritik hasil kerja orang lain.

Events Mon, 11 Nov 2019
Featured Thu, 19 Jan 2023
Featured Tue, 6 Nov 2018
Hiburan Fri, 18 Jan 2019
Featured Tue, 9 Mar 2021
error: Content is protected !!