Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 26, 2025 @ 2:37pm

“Takut Dah Terlalu Sedap Kritik Orang, Lupa Nak Tengok Diri Sendiri”- Erma Fatima

Dramatis popular, Erma Fatima tampil meluahkan keinginannya untuk kembali aktif menghasilkan karya, selain mengakui dirinya juga tidak terlepas daripada kecenderungan mengkritik hasil kerja orang lain.

Katanya dalam perkongsian terkini di Instagram, Erma menyatakan hasrat kini sudah tiba masanya untuk dia kembali ke set penggambaran sebagai pembikin filem dan bukan sekadar menjadi pemerhati sahaja.

“Dah lama sangat duduk melangut tonton filem orang je. Aku nak lepas gian turun padang. Baru style kan?” katanya.

Dalam pada itu, Erma juga mengakui budaya mengkritik orang lain kadang kala membuatkan seseorang itu lupa untuk melihat kembali kekurangan diri sendiri.

“Setakat cakap gedebang gedebung, mengutuk filem orang sana sini… feeling bagus naw naw semua orang tak betul… kroni kau sahaja yang bagus, kau sorang je lah yang bijaksana laksana bulan bab filem ni, lebih baik masuk gelanggang kan? Kalau buruk pun filem kau. Setidaknya kau buat, bukan tahu kritik sahaja. Aku cakap pada diri aku,” luahnya.

Tidak habis disitu, penerbit drama popular Keluarga Itu juga menyifatkan, sikap manusia memang mudah mencari salah orang lain berbanding menilai diri sendiri.

“Lumrah kan? Satu jari kita tunjuk dekat orang, satu lagi dekat diri kita. Bila bab orang kita memang hebat nak kutuk dan kritik.

“Jadi sekarang aku nak tunjuk dua-dua jari dekat diri aku sambil bertanya pada diri aku, ‘Hebat Sangat Ke Kau? Kadang-kadang kena juga tengok muka sendiri dekat cermin kan?,” jelasnya.

Justeru, Erma menegaskan dia mahu kembali aktif menghasilkan karya dek kerana takut terlalu selesa mengkritik hasil kerja orang lain tanpa menghasilkan apa-apa.

“Takut dah terlalu sedap kritik orang, lupa nak ukur diri sendiri.

“Itu yang semangat nak masuk balik gelanggang ni,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 14 Jan 2023
Featured Mon, 25 Mar 2024

Artis Veteran Pukul Abang Ipar Guna Batang Besi Direman 4 Hari

Alamak, siapakah gerangan artis veteran merangkap komposer itu???

Hiburan Tue, 9 Jul 2019

Yana Samsudin Terkejut Anak Buat ‘Hal’ Lagi

Ciuman terbaik dari ibu bapa pada anak adalah ubun-ubun, dahi, pipi dan tangan.

Featured Fri, 11 Jul 2025
Trending Sun, 14 Nov 2021

Buat Kejutan Umum Nikah Jumaat Depan, Gadis 19 Tahun Pilihan Haqiem Rusli

Penyanyi Haqiem Rusli membuat kejutan di pentas Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34) dengan mengumumkan tarikh dia menamatkan zaman bujang ketika berucap selepas kemenangannya menerusi kategori Penyanyi Lelaki Popular. Memilih gadis berusia 19 tahun, […]

Featured Fri, 5 May 2023
Trending Wed, 9 Jan 2019

Tersalah Letak Gambar Pengantin, Habib Jewels Mohon Maaf

Alamak, macam mana boleh tersalah gambar pengantin pula ni? Hehe…

error: Content is protected !!