Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 25, 2024 @ 3:06pm

Artis Veteran Pukul Abang Ipar Guna Batang Besi Direman 4 Hari

Seorang artis veteran yang juga merupakan seorang komposer berusia 64 tahun ditahan selepas disyaki memukul abang iparnya menggunakan batang besi sehingga menyebabkan kecederaan.

Memetik laporan sumber Awani, penyanyi lelaki itu ditahan di sebuah flat yang terletak di Bandar Tun Razak, Cheras pada petang Ahad selepas berlaku salah faham antara mangsa dan juga suspek.

“Selepas salah faham berlaku antara suspek dan mangsa, suspek bertindak memukul menggunakan besi panjang di bahagian kepala, belakang badan, mata kiri dan bahagian lain badan mangsa.

“Akibat insiden itu, mangsa telah mengalami pendarahan di kepala dan menerima dua jahitan selain mengalami bengkak mata kiri dan lebam dibahagian tangan kiri dan kanan,” katanya.

Bagaimanapun, suspek yang juga peserta sebuah program realiti popular itu difahamkan mula direman hari ini sehingga Khamis.

Mengulas lanjut, sumber berkata, abang ipar kepada artis itu telah membuat laporan polis selepas mendapatkan rawatan di hospital.
Sekadar info, pada tahun 2010, artis veteran ini pernah terpalit kontroversi berhubung perkahwinan yang tidak direstui oleh ibu mertuanya susulan jarak usia antara dia dan isterinya agak jauh.
Sumber: Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 20 Sep 2018

Learn Sign Language with Real Deaf People in this Free Workshop

The workshop has limited spots so book it ASAP!

Hiburan Fri, 6 Dec 2024
Trending Wed, 29 Jul 2020

Ibadah Haji Di Mekah Bermula Hari Ini

Semoga kita semua dikurniakan rezeki untuk ke sana..

Featured Sat, 12 Apr 2025

“Majlis Sederhana Persis Yang Kami Impikan” – Aisyah Aziz Luah Rasa Syukur, Doa Perkahwinan Sentiasa Berlandaskan Iman & Cinta

Majlis yang diadakan secara intimate ini hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Featured Mon, 6 Apr 2020

Ketahui 4 rahsia sihat ini, mudah sahaja

Selain fizikal, minda juga perlu sihat

Featured Thu, 19 Mar 2020

Seramik Rohana letak Malaysia di peta dunia

Setanding buatan luar negara

Hiburan Thu, 21 Jun 2018

Ji Suk Jin’s Father Passes Away

May he rest in peace.

error: Content is protected !!