Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain May 18, 2024 @ 1:49pm

Tetap Dikecam Selepas Perjelas Isu, Ning Baizura Minta Pengikut ‘Toxic’ Move On & Unfollow IG

“Tak suka, move on dan unfollow,” demikian kata penyanyi Ning Baizura yang tetap dihentam hebat dalam kalangan netizen selepas membuat penjelasan tentang responsnya mengenai Rafah, baru-baru ini.

Menurut Ning, dia kesal dengan tindakan sesetangah netizen yang masih mahu mengecam tindakannya selepas dirinya sudah cuba menjernihkan keadaan.

“I beg you to please stop following me if u wanna use my platform as a tool of your frustration and pain. Sudah sudah la. Kata kata yang mengaibkan dan kesat bukan ajaran Agama.

“Enough please! Lagi korang keji, Insyaallah lagi banyaklah pahala saya. Tak Puas hati lagi pergi la cerminkan diri anda sebelum memgeluarkan statement yang kurang bijak!

“This is my space. So I takda masa la nak block report. Renung-renungkan. Just unfollow.. Thank you . I pray for all of you to channel your energy positively,” tulisnya di Instagram Story.

Dalam pada itu, Ning turut menasihatkan agar netizen tidak membuang masa untuk terus berbalah dan mengeruhkan lagi keadaan.

“Jangan buang masa nak mengutuk.. Nak berbalah here ! Allah Maha Kuasa! Maha pengampun! kita ni tak boleh ikutkan perasaan Syaitan! Sabar ya..

“Saya Doakan anda sabar dan save your trolling kat tempat lain.. Tolonglah buka mata minda dan jgn nak keruh kan keadaan.

“Wahai Hamba Allah Semoga Allah Permudahkan Urusan Anda semua, Memberi Pedoman & Kesabaran untuk Anda.. Amin Amin YRA I love you still,” katanya.

Sebelum ini, pelantun lagu Beribu Sesalan itu telah dikecam teruk selepas memberikan respons ‘All eyes on Rafah… Wh0’s that?’ ketika membuat live di TikTok.

Namun, Ning telah memberikan penjelasan berkenaan responsnya itu menerusi sebuah hantaran di Instagram, malam tadi.

Artikel Berkaitan: Selepas Dihentam Teruk, Ning Baizura Bersuara – “Saya Tak Bermaksud Persenda Situasi & Tempat Itu”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “All Eyes On Rafah? Who’s That” – Dikritik ‘Tone Deaf’, Netizen Kecam Ning Baizura

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 20 Apr 2025

Nabila Taqiyyah Pertaruh Kisah Peribadi Dalam ‘Kekal Yang Sementara’

Album yang terdiri dari lapan buah lagu ini bukan sahaja sarat dengan emosi tetapi  menyayat hati.

Trending Fri, 1 Jan 2021
Featured Fri, 27 Jan 2023
Featured Wed, 14 Dec 2022

Neelofa Kongsi Perkembangan Terbaru Bilal – “Boleh Berjalan Dah Dia!”

Pengacara dan usahawan terkenal Neelofa berkongsi mengenai perkembangan anak sulungnya, Muhammad Bilal yang kini sudah boleh bertatih walaupun baru mencecah usia sepuluh bulan. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @lofa.world di TikTok, Neelofa menceritakan situasi […]

Featured Sun, 23 Oct 2022
Featured Tue, 7 May 2024
error: Content is protected !!