Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain May 15, 2024 @ 12:13pm

[VIDEO] “All Eyes On Rafah? Who’s That” – Dikritik ‘Tone Deaf’, Netizen Kecam Ning Baizura

Penyanyi Ning Baizura menerima kecaman yang teruk dalam kalangan warganet dan dianggap tidak cakna dengan perkembangan terkini yang berlaku di Palestin.

Baru-baru ini, tular di aplikasi X apabila seorang pengguna platform itu memuat naik video pelantun lagu Awan Yang Terpilu tersebut membuat live di Instagram.

Apa yang mencuri perhatian, penyanyi tersebut memberikan respons seolah tidak peka dengan isu semasa apabila salah seorang pengikutnya meninggalkan komen ‘All Eyes On Rafah’.

“All eyes on Rafah… Who’s that?,” responsnya.

Terkejut dengan respons itu, rata-rata warganet melemparkan pelbagai kecaman terhadap Ning menerusi ruangan komen hantaran yang tular itu.

Malah, ada yang menyifatkan tindakan Ning itu memalukan dan ‘tone-deaf’ kerana tidak mengambil tahu isu Palestin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 10 Jan 2026
Hiburan Tue, 26 Sep 2023
Hiburan Wed, 4 Oct 2023
Trending Tue, 2 Dec 2025

Tidak Ada Lamaran Formal, Erra Fazira Dirisik 6 Minggu Lalu.. Anak Beri ‘Green Light’

Kata Erra, lamaran terjadi apabila kedua belah keluarga berjumpa buat pertama kali.

Featured Tue, 11 Jun 2024
Featured Tue, 17 Jun 2025

Ditahan Di Wad, Amira Othman Alami Keracunan Makanan

Amira bagaimanapun dilaporkan dalam keadaan baik & stabil.

Featured Mon, 20 Mar 2023
error: Content is protected !!