Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin December 2, 2025 @ 7:08pm

Tidak Ada Lamaran Formal, Erra Fazira Dirisik 6 Minggu Lalu.. Anak Beri ‘Green Light’

Pelakon dan penyanyi Erra Fazira mengaku tiada lamaran formal berlaku antara dirinya dan ahli perniagaan, Ezwan Zain atau lebih mesra disapa Mr. E.

Kata Erra, lamaran terjadi apabila kedua belah keluarga berjumpa buat pertama kali.

“Situasi itu terjadi bila saya dan Mr.E mempertemukan kedua ibu kami buat kali pertama.

“Kedua-dua keluarga kami sudah bertemu enam minggu lalu untuk menghantar cincin tanda.

“Sebelum itu, kami berdua berbincang terlebih dahulu dan apabila semuanya sudah yakin dan pasti, barulah kami berjumpa dengan keluarga masing-masing,” katanya.

Erra berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Pelancaran Lagu dan Muzik Video Cinta Abadi yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa.

Permainan kasino dengan nuansa taruhan liar sering menarik perhatian para pemain di Indonesia karena aksi cepat dan kemenangan besar. Informasi lengkap tentang Wanted Dead or a Wild tersedia di wanteddeadorwildgame.com agar pengalaman Anda semakin seru.

Ketika disoal mengenai persepsi anaknya terhadap keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga, Erra bagaimanapun menjelaskan, Engku Aleesya tidak membantah malah memberi sokongan.

“Anak saya pun sudah berusia 16 tahun, semuanya sudah difikirkan.

“Alhamdulilah kedua-dua anakanda kami sangat positif dan mereka bersyukur.

“Malah, mereka ikut sahaja perancangan kami. Tiada bantahan dari anak-anak,” jelasnya.

Untuk info, majlis akad nikah Erra dan Ezwan akan berlangsung di sebuah lokasi yang akan diumumkan kelak pada 12 Disember ini.

Majlis perkahwinan tersebut turut disiarkan secara langsung menerusi saluran YouTube Kasi Ons.

Terdahulu, Erra melancarkan semula lagu Cinta Abadi yang pernah dirakamkam sekitar tahun 1994 dan diberikan nafas baru sekali gus menjadi lagu tema hari bahagianya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 13 Feb 2026
Hiburan Sat, 3 May 2025

“Saya Menangis!” – Tiket Showcase Sulung Nadeera Habis Dalam 3 Minit, Impian 10 Tahun Akhirnya Jadi Kenyataan

Nadeera Zaini masih rasa nama kecil dalam industri, tak sangka rakan selebriti beri sokongan

Hiburan Mon, 24 Nov 2025
Featured Mon, 2 Dec 2024

Amyra Rosli Dedah Alami Keguguran, Gagal Timang Anak Ketiga -“Awak Singgah Kejap Je Kat Perut Mummy”

Pelakon dan pengacara jelita, Amyra Rosli mendedahkan mengalami keguguran atau ‘chemical pregnancy’.

Featured Tue, 13 Sep 2022
error: Content is protected !!