Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 3, 2025 @ 12:00pm

“Saya Menangis!” – Tiket Showcase Sulung Nadeera Habis Dalam 3 Minit, Impian 10 Tahun Akhirnya Jadi Kenyataan

Penyanyi berbakat besar, Nadeera, tidak dapat menahan air mata apabila tiket untuk showcase sulungnya bertajuk An Evening With Nadeera habis terjual dalam masa hanya tiga minit selepas dibuka.

Setelah lebih 10 tahun meniti perjalanan seni yang penuh jatuh bangun, pencapaian itu disifatkan Nadeera sebagai lambang sebuah impian yang akhirnya terlaksana.

“Saya menangis kerana terlalu terharu. Ini adalah impian saya sejak sekian lama. Ia bukan sesuatu yang mudah, tapi dengan kerja keras, tawakal dan doa yang tidak pernah putus, akhirnya inilah ganjarannya,” katanya dalam nada penuh emosi.

Meskipun namanya semakin dikenali selepas merangkul gelaran Naib Juara Anugerah Juara Lagu ke-39, pelantun lagu Bukan Lagi Kita itu mengakui dirinya masih ragu-ragu terhadap penerimaan peminat terhadap showcase perdananya.

“Saya anggap diri saya masih kecil dalam industri ini. Pernah terlintas di fikiran, ‘ada ke orang nak beli tiket saya?’ Tapi kuasa Allah itu luar biasa. Saya benar-benar terkejut bila diberitahu tiket habis dalam tiga minit,” katanya ketika ditemui di sidang media khas di Shangri-La Hotel, semalam.

Lebih manis, Nadeera turut menerima sokongan tidak berbelah bahagi daripada rakan-rakan artis, termasuk penyanyi tersohor Misha Omar yang turut mempromosikan showcase tersebut menerusi Instagram Story miliknya.

“Alhamdulillah, saya sangat terharu dengan sokongan rakan artis. Tak sangka mereka nampak bakat saya. Lebih mengejutkan, Kak Misha Omar yang saya kagumi sejak dulu turut mahu hadir ke showcase saya. Ya Allah, memang saya rasa sangat gementar nak menyanyi depan mereka yang saya hormati,” katanya lagi.

Untuk persembahan istimewa itu, Nadeera merancang untuk menghadiahkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada peminat, dengan rangkaian lagu-lagu hits miliknya dan beberapa lagu ikonik daripada penyanyi kegemarannya.

“Ada beberapa lagu yang saya simpan lama hasrat nak nyanyi secara live, tapi belum pernah berpeluang. Kali ini saya akan bawakan juga lagu-lagu daripada penyanyi seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, lagu yang cukup bermakna dan menggambarkan kisah perjalanan seni saya,” kongsinya lagi.

An Evening With Nadeera bakal berlangsung pada 30 Mei ini di Nero Event Space, PJPAC, 1 Utama.

Turut mencuri tumpuan ialah Hael Husaini Antonim Night yang akan diadakan keesokan harinya, 31 Mei, di lokasi sama.

Showcase tersebut turut menerima sambutan luar biasa apabila tiket habis dalam tempoh 17 minit sahaja.

Kedua-dua acara eksklusif ini dianjurkan oleh Mask Team dan Usanita Entertainment.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 8 Oct 2018

Jenazah CEO Cradle Fund Dibawa Ke PPUM

Dalam perkembangan berkaitan, isteri kedua Allahyarham Nazrin Hassan iaitu Samirah Muzaffar, mengemukakan permohonan di Mahkamah Rayuan di sini, kira-kira jam 10 pagi tadi bagi menangguhkan penggalian semula kubur beliau.

Featured Wed, 15 Feb 2023

Tak Mahu Dihantui Kisah Silam, Fizi Ali Menyulam Cinta Bersama Rakan Niaga – “Dia Adalah Wanita Yang…”

Wahh, dah jumpa pengganti. Paling best anak dan kekasih Fizi boleh jadi geng!

Hiburan Mon, 11 Feb 2019

“Jangan Ada Anak Dara, Janda Pi DM Ajak Wrestling Pulak…” – Ika Nabella Kongsi Rahsia Kebahagiaan Rumah Tangga

Comel je pasangan suami isteri ni. Semoga terus bahagia sehingga Jannah, Insya Allah.

Hiburan Wed, 22 Jan 2025

Sedar Diri Gagal Jadi Suami, Nazim Othman Enggan Kahwin Lagi.. Syukur Bekas Isteri Temui Kebahagiaan

Syukur Bella Dally jumpa lelaki tepat, Nazim Othman akui gagal jadi suami

Trending Fri, 25 Sep 2020
Hiburan Tue, 6 Aug 2019

Alamak…Floor 88 ‘Kantoi’ Dalam ICSYVMY 2?

Namun, air yang tenang jangan disangka tiada buaya kerana Shafique berjaya membuat semua orang terpegun dengan suaranya yang merdu.

Hiburan Wed, 8 May 2019

Akim Turun 11 KG Demi ‘Marabahaya Underground’

Akim yang akan membawakan watak Fison Hamdi!

Featured Sat, 31 May 2025

Kolaborasi Emosi Ernie Zakri & Anggi Marito Terbit Dalam ‘Kisah Penuh Kecewa’

Bukan sekadar ratapan kecewa lagu ini sebaliknya membawa mesej ketabahan

error: Content is protected !!