Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 6, 2019 @ 2:33pm

Alamak…Floor 88 ‘Kantoi’ Dalam ICSYVMY 2?

“Sherry! Kenapa kau rasa dia mencurigakan? Bukan kau ke yang patut ‘back up’ dia?” Itulah soalan Shuk kepada Sherry Al-Hadad selepas Sherry tidak sengaja mengeluarkan satu kenyataan yang bercanggah dengan kata-katanya sebelum ini, ketika sedang mempertahankan penyanyi misteri bergelar ‘Anak Mentari’ (Syahrul Nizam Bin Sudir) selepas mendengar rakaman suara sebenar penyanyi misteri itu. 

Sherry telah hadir sebagai penyiasat jemputan untuk episod ketujuh I Can See Your Voice Malaysia 2 (ICSYVMY 2), yang turut disertai oleh Fatin Afeefa serta Floor 88 selaku artis jemputan kali ini.

Walaupun ramai yang sudah mula mengesyaki bahawa Syahrul adalah seorang penyamar, namun kumpulan Floor 88 tetap membuat keputusan untuk berduet dengannya dan telah memilih untuk menyingkirkan seorang lagi penyamar bersuara sumbang iaitu ‘Aku Nak Jadi Bos’ (Aidi Azrizal Bin Hassan). 

Kebenaran akhirnya terungkap apabila Syahrul perlu mendedahkan suara sebenarnya di pentas penentuan. Mendendangkan lagu berjudul ‘Zalikha’ nyanyian asal Floor 88, Ayie yang merupakan vokalis kumpulan tersebut hanya mampu ketawa kerana pasangan duetnya itu adalah seorang penyamar bersuara sumbang. Secara automatik, Syahrul berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000!

Kumpulan Floor 88 telah membuat kesilapan yang besar apabila mereka sebulat suara menyingkir penyanyi misteri ‘Cergas Dan Pantas’ (Muhammad Shafique Amir) di pusingan yang pertama.

Mungkin ramai yang tidak yakin dengan kemampuan Shafique untuk menyanyi kerana paras rupanya langsung tidak kelihatan seperti seorang penyanyi. Namun, air yang tenang jangan disangka tiada buaya kerana Shafique berjaya membuat semua orang terpegun dengan suaranya yang merdu.

Dua lagi penyanyi misteri iaitu ‘Mat Konvoi’ (Mohamad Badruzzaman Bin Zainudin) dan ‘Cahaya, Tanah, Air’ (Syed Luqman Nulhakim Bin Syed Mohd Nizam) telah disingkirkan oleh Floor 88 di pusingan kedua kerana persembahan lip-sync mereka tidak meyakinkan.

Pada awalnya, setiap ahli kumpulan ini mampu menarik nafas lega kerana Badruzzaman langsung tidak ada bakat menyanyi dan ini bermakna Floor 88 berjaya menyingkirkan seorang penyamar. Akan tetapi, kegembiraan mereka tidak bertahan lama kerana Luqman yang merupakan penyanyi sebenar juga telah disingkirkan.

Mungkin tuah tidak berpihak kepada Floor 88 di episod kali ini kerana mereka telah membuat silap sekali lagi, apabila mereka bersepakat untuk menyingkirkan penyanyi misteri bergelar ‘Kapten Keselamatan’ (Muhammad Aswan Bin Musa) yang merupakan penyanyi sebenar. Ahli panel penyiasat juga suka menyakat Aswan kerana wajahnya mirip dengan Mark Adam.

ICSYVMY musim kedua dihoskan oleh dua pengacara yang sememangnya lucu dan pasti membuatkan penonton tidak kering gusi iaitu Shuk Sahar dan Sean LJE. Manakala tugas sebagai “penyiasat tetap” pula masih lagi digalas oleh Jihan Muse, Mark Adam dan Seelan Paul sama seperti musim pertama.

Dapatkah anda mengenal pasti siapa penyanyi sebenar dan siapa pula penyamar bersuara sumbang? Jangan lupa untuk saksikan ICSYVMY musim kedua pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam hanya di TV3. ICSYVMY juga boleh dapat disaksikan menerusi strim LIVE secara HD di tonton, YouTube TV3 Malaysia Official dan YouTube TV9 Malaysia Official.

Hangatkan lagi perbualan anda dengan menggunakan #ICSYVMY di laman media sosial anda. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook & Instagram di @tv3malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 6 Oct 2025

“Kekal Kental Bersama”: NESCAFÉ Raikan Semangat Juang Rakyat Malaysia

Sempena Hari Kopi Sedunia, NESCAFÉ Malaysia meraikan semangat dan ketabahan rakyat Malaysia melalui kempen aspirasi “Ngopi Dulu & Kekal Kental Bersama”, simbol kekuatan, perpaduan dan semangat untuk terus maju ke hadapan. Kempen ini turut menampilkan […]

Hiburan Mon, 18 Jun 2018

David and Victoria Beckham Rumoured to Be Divorcing but the Missus Proves Them Wrong

It took one Instagram post to throw out all those nasty rumours.

Hiburan Tue, 17 Jun 2025
Hiburan Fri, 9 Aug 2019

林德荣拍拳击戏直呼没减重压力!唯对尹汇雰一见钟情剧情:“要加价!”

林德荣主演的喜剧电影《作战啦!茶室总动员》拍拳击戏没有减重压力,且导演更是希望他可以增重;唯戏中他要对尹汇雰一见钟情,甚至还要成为夫妻却相当不满,直呼:“因为这一段我要求加价,片酬不高不可以!”

Hiburan Thu, 24 Oct 2019

Sweet Qismina Tampil Kelainan Apa Tu?

Sekali sekala tampil dengan imej yang berbeza apa salahnya kan?

Featured Thu, 16 Oct 2025

“Tak Pernah Rasa Rindu Atau Menyesal Cuma Tak Payah Jumpa” – Konflik Bersama Kak Nona, Kak KM Dedah Tak Pernah Anggap Kakak Kandung Musuh

Kak KM secara terbuka mengakui,  dia tidak menyimpan sebarang rasa rindu atau penyesalan terhadap apa yang pernah terjadi antara mereka.

Hiburan Fri, 7 Dec 2018

《尸杀军营》旋风式来马宣传!盼掀起丧尸潮创票房佳绩

《尸杀军营》导演和两位主演旋风式来马宣传,盼掀起丧尸潮创票房佳绩!

Featured Mon, 25 Jul 2022
error: Content is protected !!