Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 17, 2025 @ 3:49pm

Edika Yusof Kongsi Foto Mesra Dengan Bekas Isteri, Kapsyen Romantis Raih Tumpuan – “Jika Dia Tersenyum Bermakna Dia Suka Disampingmu”

Pelakon, Edika Yusof menjadi bualan hangat apabila berkongsi sebuah foto mesra bersama bekas isterinya Nor Hidayah Yusri.

Lebih mencuri tumpuan, Edika atau nama lengkapnya Mohd Yusof Abd Majid turut berkongsi video memaparkan momen ketika menyambut hari bapa bersama bekas isteri dan keluarga pada Ahad lalu.

Bukan itu sahaja, Edika dalam satu hantaran di Instagram Story (IGs) juga berkongsi foto bersama bekas isterinya yang dilengkapi dengan kapsyen romantis

“Jika dia sering tersenyum kepadamu, mungkin itulah petanda dia selesa dan suka berada disampingmu,” tulisnya di kapsyen.

Namun begitu, apa yang menjadi tumpuan adalah kemesraan dipaparkan oleh mereka di mana Edika meletakkan tangannya di atas bahu bekas isterinya.

Tindakan tersebut sekali gus mengundang spekulasi berhubung hubungan sebenar mereka, lebih-lebih lagi apabila Edika dan bekas baru sahaja melalui perceraian pada Mei lalu.

Meninjau ke ruangan komen, ramai dalam kalangan warganet mendoakan agar mereka kembali rujuk sebagai pasangan suami isteri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Edika Yusof (@edikayusofxx)

Edika dan Hidayah sah bercerai talak satu pada 5 Mei lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur selepas bekas isterinya memfailkan perceraian pada pertengahan Februari lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 16 Januari 2004 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 Feb 2023

Didakwa Jalin Hubungan, Dhabitah Sabri & Jiggy Masin Bakal Tamat Zaman Bujang?

Wah, kalau betul apa salahnya, hangpa boleh makan nasi minyak🧡

Hiburan Wed, 29 Jan 2020
Hiburan Thu, 24 May 2018

Kemelut Antara Nora Danish Dan Fasha Sandha Akhirnya Terjawab!

Menurut Nora Danish, beliau sendiri mengakui mahu menamatkan segala kemelut bersama Fasha sejak sekian lama?

Featured Wed, 11 Oct 2023

“Allah Dah Aturkan Jodoh Depan Mata…” – Kongsi Momen Cinta Berputik, Fattah Amin Mengaku Minat Fazura Sejak Awal Berlakon

Wah, ramai juga artis yang berjodoh asalnya sekadar jadi peminat je kan😍😍😍

Featured Tue, 20 Sep 2022

[VIDEO] Anak Faziani Rohban Selamat Bernikah, Namun Kerusi Adik Bongsu ‘Kosong’ Buat Keluarga Sebak!

Alahai min pun ikut sebak! 😥 Apa jadi sekalipun hubungan adik beradik takkan pernah putus…

Hiburan Mon, 9 Dec 2019

Empat Protege Mara Ke Final Mentor Milenia 2019, Tahniah!

Tahniah buat semua protege yang berjaya ke pentas final Mentor Milenia 2019!

Featured Wed, 12 May 2021

Perdana Menteri Adakan Lawatan Ke Pusat Pemberian Vaksin Di UM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Malaya (UM) semalam. Beliau turut ditemani oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin. Dalam lawatan itu, beliau berpeluang […]

Trending Wed, 13 Jun 2018

Tragedi Raya! Jari Hancur Angkara Mercun

Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun dilaporkan hilang jari telunjuk sebelah kanan akibat melecur dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Hiburan Tue, 25 Jun 2019

Isu Rumah Tangga Bergolak, Fizo Omar Nafi Wujud Orang Ketiga

Berita pergolakan rumah tangga pelakon Fizo Omar dan isterinya, Mawar Abdul Karim terus mendapat perhatian warganet.

error: Content is protected !!