Euforia Bola 2026
Kes Mahkamah By: Atiqah Johari May 21, 2024 @ 7:14pm

Kes Ebit Lew: Saksi Dedah Pendakwah Buat Panggilan Video Dalam Keadaan Tak Berbaju

Individu wanita memaklumkan kepada Mahkamah Majistret Tenom hari ini bahawa dia menerima panggilan telefon pertama daripada Ebit Irawan Ibrahim Lew pada jam 3.40 pagi bertarikh 4 Mac 2021.

Memetik laporan Harian Metro, wanita berumur 40-an yang juga sebagai saksi kesembilan itu memberitahu perkara tersebut semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria pada perbicaraan hari ini.

Lagi, dia memaklumkan dapat mengecam suara Ebit menerusi panggilan selama 4 minit 51 saat itu kerana pernah mendengarnya melalui media sosial, ceramah dan sesi siaran langsung yang dibuat pendakwah itu.

“Saya ingat masa itu beliau (Ebit Lew) bertanya tentang saya dan keluarga…dia tanya berkenaan pekerjaan, apa masalah yang dihadapi sehingga berminat dengan program beliau dan saya pun masa itu beritahu tentang keluarga saya dan permasalahan saya,” ujarnya.

Sebelum ini, Zahida menyoal kepada saksi dengan merujuk dokumen daripada syarikat telekomunikasi Celcom iaitu maklumat pelanggan dan butiran panggilan sekiranya ada panggilan dibuat daripada nombor telefon Ebit Lew kepada saksi.

Kata saksi, pada tarikh sama pada jam 2.28 pagi, Ebit pertama kali menghantar mesej kepadanya menerusi aplikasi WhatsApp selepas wanita itu memberikan nombor telefonnya di Instagram milik tertuduh pada 3 Mac 2021.

Dedahnya lagi, sejak itu pendakwah tersebut sering mengirim mesej di WhatsApp selain membuat panggilan telefon kepadanya dan semakin berani menulis perkara berkaitan seksual.

Manakala, pada 22 Mac 2021 pada jam 11.35 pagi, Ebit memaklumkan bahawa dia sedang transit di Dubai ingin melakukan panggilan video kepadanya namun wanita itu bertindak mematikannya.

“Dia terus buat panggilan video call, saya terus off. Dalam teks (Whatsapp) itu dia tanya kenapa off (telefon), ‘tak aci’.

“Seingat saya masa itulah dia (Ebit Lew) buat panggilan video call dalam keadaan tidak berbaju,” dedahnya lagi.

Menerusi prosiding hari ini, pendakwaan juga mengemukakan kepada mahkamah Digital Forensic Case Report oleh Cyber Security Malaysia yang mengandungi mesej perbualan antara saksi dan pendakwah itu.

Untuk info, Ebit berdepan 11 dakwaan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa menerusi aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Jika disabit kesalahan, Ebit akan didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Artikel Berkaitan: “Pernah Tengok Beronani, Memang Menangis & Tak Senang Hati” – Pengadu Rasa Berdosa Dengan Suami Layan Ebit Lew

Artikel Berkaitan: Saksi Dedah Ebit Lew Ajak Tukar Pasangan Untuk Buat S*ks

Artikel Berkaitan: Ebit Lew Didakwa Kerap Buat Panggilan & Tunjuk Foto Kemaluan – Saksi

Artikel Berkaitan: Kes Ebit Lew: Temui 90 Foto, 3 Video Lucah Dalam Telefon… 17 Daripadanya Foto Kemaluan Lelaki!

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 23 Oct 2023

Viral Di TikTok, Penyanyi Asal Perjelas Maksud Sebenar Lagu ‘Dawai’

Tiap kali dengar lagu ni memnag goosebump lah min. Siap dengan air mata lagi!🤧

Featured Sat, 6 Nov 2021
Featured Wed, 13 Oct 2021

Bas Elektrik Pertama di Sabah Akan Beroperasi Tidak Lama Lagi

Kerajaan negeri Sabah akan melaksanakan projek bas elektrik yang pertama akhir tahun ini di bandar Kota Kinabalu bagi menyediakan pengangkutan awam yang lebih baik kepada rakyat. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry […]

Featured Thu, 10 Nov 2022

[VIDEO] Kreatif! Netizen Terhibur Amyra Rosli Kembangkan Saiz Kasut Anak

Boleh cuba lah ek kalau beli kasut terkecil size

Hiburan Sat, 10 Jun 2023

Teka-Teki Terjawab! Janna Nick Sah Jadi Isteri Dini Schatzmann

Alhamdulillah akhirnya… Congrats Janna & Dini!

Hiburan Mon, 4 Dec 2023
Trending Sun, 3 Nov 2019

Dulu Digelar Pengutip Sampah Kini Usahawan Berjaya

Jangan dihina sekali pekerjaan seseorang itu

Featured Thu, 12 Jun 2025

Penyanyi Rap Ditahan Seludup 86 Kilogram Dadah

Sebanyak 103 bungkusan ditemui oleh pihak berkuasa Laos.

error: Content is protected !!