Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 19, 2024 @ 2:04pm

Sesat Tanpa Jalan Keluar! Tonton Original Gandingkan Yusry Abdul Halim & Aiman Hakim Ridza Sebagai Mentua & Menantu Dalam Filem ’32 Jam’

Apa akan berlaku jika tersesat di hutan bersama bapa mentua yang tiada keserasian selama 32 jam?

Terbaharu di Tonton, filem 32 Jam menggandingkan pelakon berbakat besar, Aiman Hakim Ridza dan nama besar dalam industri tanah air, Datuk Yusry Abdul Halim yang memegang watak utama.

Filem Tonton Original ini menemui penonton pada 17 Julai 2024, eksklusif hanya di Tonton!

Filem 32 Jam, sebuah karya mengenai hubungan kekeluargaan yang mencabar, penuh emosi dan ketegangan mengisahkan tentang Aniq (lakonan Aiman Hakim Ridza) seorang suami yang penyayang, yang berkahwin dengan anak perempuan tunggal Dr. Nazir (Datuk Yusry Abdul Halim) iaitu Aishah (Sharifah Husna).

Mereka berdua tinggal di rumah Dr. Nazir walaupun sudah lama berkahwin dan merancang untuk berpindah sebaik sahaja mereka membeli rumah sendiri. Namun, Aishah sering menangguh untuk berpindah dengan pelbagai alasan dan Aniq akur walaupun tidak setuju.

Hubungan Aniq dan Dr. Nazir agak rumit. Aniq kurang selesa dengan sikap bapa mertuanya yang terlalu memanjakan Aishah dan kerana itu Aishah selalu mengutamakan bapanya berbanding Aniq.

Aniq dan Dr. Nazir hanya ada satu persamaan yang mereka miliki iaitu meminati sukan berbasikal. Pada hari jadi Dr. Nazir yang ke-50, Aishah telah menghadiahkan sebuah basikal baharu dan Dr. Nazir sangat teruja lalu mengajak Aniq menguji basikalnya itu.

Aniq melihat ini sebagai peluang untuk memberitahu Dr. Nazir tentang hasratnya untuk berpindah keluar bersama Aishah. Pada hari kejadian, Dr. Nazir telah tertinggal telefon bimbitnya di rumah.

Ini membuatkan isterinya bimbang jika ada berlaku perkara yang tidak diingini. Kebimbangan itu menjadi kenyataan apabila suami dan menantunya tidak pulang ke rumah. Aniq dan Dr. Nazir telah tersesat!

Pelbagai kejadian berlaku ketika mereka berada di hutan selama 32 jam. Adakah Aniq panik dan masih janggal dengan bapa mertuanya? Mampukah Dr. Nazir yang menghidapi tumor otak dan bergantung kepada ubat bertahan sambil mencari jalan pulang? Adakah mereka akan selamat menemui jalan pulang?

Tonton Original: 32 Jam ini diterbitkan oleh Razor Edge Productions yang diarahkan oleh Izuan Mokhtar dan hasil nukilan Eenaz Mokhtar. Filem ini dibintangi barisan pelakon hebat seperti Aiman Hakim Ridza, Datuk Yusry Abdul Halim, Sharifah Husna, Marisa Yasmin dan ramai lagi.

Menurut Yusry, filem 32 Jam membawa penonton melalui sebuah perjalanan emosi yang mendalam.

“Dalam tempoh 32 jam yang penuh dengan ketegangan, kami ingin menunjukkan bagaimana watak-watak yang kami bawakan berkembang dan terpaksa mengatasi perbezaan sebagai anak dan bapa mentua yang akhirnya sama-sama berusaha mencari jalan keluar dari hutan.

“Pengalaman penggambaran filem ini juga mencabar, dengan lokasi penggambaran di kawasan hutan yang terpencil, cuaca yang tidak menentu, dan keperluan untuk menjiwai watak dalam situasi yang tertekan. Namun, semua cabaran ini menambah kepada tarikan filem ini. Saya berharap penonton akan terhibur dan terinspirasi oleh filem 32 Jam kami,” katanya.

Saksikan lakonan Aiman Hakim Ridza, Datuk Yusry Abdul Halim serta Sharifah Husna dalam Tonton Original: 32 Jam pada 17 Julai 2024, di platform Tonton di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play atau App Store. Anda juga boleh strim Tonton secara HD eksklusif di Smart TV.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 17 Nov 2021

“Takut Anak Hidup Susah” – Lelaki Sebak Lamaran Ditolak Kerana Harta & Kerja

Sebuah klip video memaparkan seorang lelaki meluahkan rasa sedih apabila hasratnya untuk berkahwin dengan kekasih hati tidak kesampaian. Lebih menyayat hati apabila ibu bapa wanita itu dipercayai memilih seseorang yang bekerjaya daripada memilih keikhlasan hati […]

Trending Sun, 9 Dec 2018

”Dia Tolak Cinta Saya, Kata Saya Hodoh Dan Hitam,”

”Dia Tolak Cinta Saya, Kata Saya Hodoh Dan Hitam,” Lelaki Bunuh Dan Perkosa Gadis Angkara Sakit Hati

Hiburan Thu, 11 Jul 2019

Susut 17 KG Demi Comeback, Dazrin Dah Ready Guys!

Lama tak nampak Dazrin berlakon, welcome back!

Hiburan Wed, 30 Apr 2025
Hiburan Wed, 12 Feb 2025
Hiburan Tue, 15 May 2018

Ziana Zain Trauma, Anak-Anak Terpaksa Jalani Rawatan Psikiatri

Tambah Ziana Zain lagi, anak-anak menjadi takut dan enggan makan kerana takut dimaki ketika berada dikhalayak ramai. 

Events Tue, 15 Oct 2019

黄洁琪为李俊颉首献声!背着男友拍床戏

Victor李俊颉力邀来大马「宅男女神」Miko黄洁琪献声合唱情歌《City of Dreams》,更自爆向导演特别要求MV增设「床戏」,让黄洁琪也坦言未向男友报备!

Hiburan Mon, 4 Dec 2017

Jangan Obses Dengan ‘Fattzura’

Gandingan yang digelar Fattzura ini terlalu taksub dan kekuatan sokongan peminat memang tidak dapat dinafikan

error: Content is protected !!