Euforia Bola 2026
Hiburan By: Nabihah October 6, 2025 @ 2:28pm

“Kekal Kental Bersama”: NESCAFÉ Raikan Semangat Juang Rakyat Malaysia

Sempena Hari Kopi Sedunia, NESCAFÉ Malaysia meraikan semangat dan ketabahan rakyat Malaysia melalui kempen aspirasi “Ngopi Dulu & Kekal Kental Bersama”, simbol kekuatan, perpaduan dan semangat untuk terus maju ke hadapan.

Kempen ini turut menampilkan lagu baharu “Kental Bersama” nyanyian Black Hanifah, yang menjadi anthem rasmi bagi meraikan kisah-kisah inspirasi rakyat Malaysia yang tidak pernah berputus asa.

Kisah nyata tentang ketabahan

(Dari kiri) Dr. Madhu, Black Hanifah, Juan Aranols (Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia), Norkhayati Mohamed Hashini (Pegawai Eksekutif Perniagaan Ready-to-Drink, Nestlé Malaysia) dan Kak Dell berganding bahu melancarkan kempen aspirasi NESCAFÉ “Ngopi Dulu Kekal Kental Bersama”, meraikan semangat kental rakyat Malaysia serta menginspirasikan negara untuk terus mara ke hadapan.

Dalam muzik video rasmi, penonton dapat melihat kisah Black Hanifah sendiri serta dua figura hebat, Dr. Madhu (Dr. Teddy Bear), seorang doktor yang berbakti merawat gelandangan selepas waktu kerja, dan Kak Dell, seorang pemandu Grab serta guru tuisyen yang sedang mengejar impian menjadi penulis.

Kisah-kisah ini menggambarkan keberanian dan semangat rakyat Malaysia yang ‘kental’ menghadapi cabaran kehidupan harian.

“Konsert Kental” gegar Bukit Bintang!

Black Hanifah membuat persembahan penuh bertenaga di hadapan penonton semasa sambutan “Konsert Kental”, diiringi oleh pemuzik di Bukit Bintang.

Kemuncak sambutan ini diserikan dengan “Konsert Kental” oleh Black Hanifah pada 1 Oktober di Bukit Bintang, dengan persembahan istimewa daripada Hazama Azmi dan Genji Buskers.

Suasana penuh tenaga ini menjadi simbol penyatuan rakyat Malaysia melalui muzik, semangat dan secawan kopi.

NESCAFÉ Triple Shot – untuk peminat kopi ‘Extra Kick’!

3X kuasa kopi! Cas semula hari korang dengan pelancaran terbaru NESCAFÉ Triple Shot.

Dalam meraikan Hari Kopi Sedunia, NESCAFÉ juga memperkenalkan NESCAFÉ Triple Shot, inovasi kopi terbaharu dengan rasa lebih kuat dan berani, sesuai untuk mereka yang perlukan tenaga dan semangat tambahan setiap hari.

Sebagai sebahagian daripada kempen “Ngopi Dulu & Kekal Kental Bersama”, NESCAFÉ terus meraikan semangat kental rakyat Malaysia untuk kekal tabah dan terus mara ke hadapan setiap hari. Menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup rakyat Malaysia bermakna NESCAFÉ berkomitmen untuk mengembangkan tawaran mereka bagi memenuhi kehendak pengguna tempatan.

“Oleh itu, kami berbangga memperkenalkan NESCAFÉ Triple Shot, inovasi terbaru yang dihasilkan khas untuk memenuhi citarasa peminat kopi Malaysia yang menggemari rasa kopi yang kuat. Kajian terbaru juga menunjukkan peningkatan hampir dua kali ganda dalam permintaan kopi yang lebih pekat dan mantap.

Justeru, pelancaran produk terbaru ini adalah bukti komitmen NESCAFÉ untuk terus memperkenalkan inovasi yang relevan dengan gaya hidup rakyat Malaysia. Tawaran kami bukan sekadar melalui kopi; ia juga berfungsi sebagai sumber kekuatan dan penyatuan bagi rakyat Malaysia,” ujar Norkhayati Mohamed Hashini, Pegawai Eksekutif Perniagaan Ready-to-Drink Nestlé Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 22 Sep 2019
Hiburan Thu, 2 Aug 2018

Having a Busy Schedule Doesn’t Deter Datuk Siti from Being a Mum

Being a mum and career woman isn’t the easiest task to handle but Datuk Siti shows us how it’s done.

Featured Wed, 6 Jul 2022

[VIDEO] “Sepatutnya Saya Ganyang Dia!” – Puteri Sarah Dedah Kisah Sebenar ‘Permainan’ Ira Kaza, Harap Kes Masuk Bawah Isu Jenayah

Betul juga kan? Teruk mental Puteri Sarah diganggu. Terus maju kehadapan. Ramai yang menyokong awak dari belakang. Min doakan semuanya dipermudahkan, Never Look Back!

Featured Wed, 17 May 2023
Featured Fri, 10 May 2024

“Mungkin Lepas Ni Saya Hidup Single”- Datuk Red Anggap Tiada Harapan, Reda Jika Bercerai Dengan Isteri Pertama

Allahu, kesian pula kat Datuk Red. Moga semua urusan Datuk dipermudahkan ya!

Featured Mon, 8 Aug 2022

Dakwa Filem Gadis Jolobu The Movie Karya ‘Infinity Sh*t’, Penerbit Bakal Saman YouTuber

Uishh, paling teruk YouTuber ni rate filem Gadis Jolobu 😣🔥 Apa pendapat korang?

Hiburan Mon, 27 Jan 2020
Hiburan Tue, 11 Jul 2023
Hiburan Sat, 8 Apr 2023
error: Content is protected !!