Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 16, 2025 @ 2:27pm

“Tak Pernah Rasa Rindu Atau Menyesal Cuma Tak Payah Jumpa” – Konflik Bersama Kak Nona, Kak KM Dedah Tak Pernah Anggap Kakak Kandung Musuh

“Sebenarnya aku tak rindu siapa-siapa. Tak ada”.

Demikian respons usahawan popular, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, berhubung konflik yang dikatakan berlaku antara dirinya dan kakak kandungnya, Kak Nona.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini, Kak KM secara terbuka mengakui,  dia tidak menyimpan sebarang rasa rindu atau penyesalan terhadap apa yang pernah terjadi antara mereka.

Namun, ketika ditanya peminat sama ada dia berasa rindu atau tidak dengan adik beradiknya yang lain, Kak KM bagaimanapun menegaskan, dia tidak pernah berasa rindu atau menyesal dengan apa yang berlaku.

“Sebenarnya aku tak rindu siapa-siapa. Tak ada. Bukan nak cakap apa lah, apa sahaja yang terjadi, aku tak pernah rasa menyesal, tak pernah nak termenung, rindu.. tak ada.

“Sebab bagi Kak KM, dalam setiap apa yang berlaku, yang Allah dah bagi sebenarnya itu adalah petunjuk ‘Dia nak bagitahu, ada benda yang kau kena tahu. Dah berapa tahun dah jadi benda ni. Itu yang meletup,”katanya.

Tambahnya, meskipun dia memilih untuk tidak berjumpa dengan kakak kandungnya itu namun, itu tidak bermaksud dia menyimpan dendam  terhadap kakaknya.

“Tapi, aku tak pernah jadikan kakak-kakak aku tu sebagai musuh. Tidak.

“Dia bukan macam tu, aku maafkan sahaja apa yang berlaku tinggal lagi tak payah jumpa. Dia jadi macam tu,” jelasnya.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 22 Dec 2018

Da’I Adam Mahu Dikenali Sebagai Pendakwah Bukan Penyanyi

Orang yang pernah rasa kehilangan sahabat pasti faham dengan situasi saya…

Hiburan Sun, 1 Sep 2019

Siapa ‘Seth’ Di Hati Shila Amzah?

Kehadiran Seth mewarnai hidup Shila

Events Fri, 1 Apr 2022
Hiburan Sat, 14 Jun 2025

[VIDEO] Puteri Sarah Sujud Syukur Menang Kes Saman Fitnah, Bekas Pekerja Diarah Bayar Ganti Rugi RM150,000

Bekas pekerja Puteri Sarah diarah bayar saman lebih 100 ribu, minta maaf bertulis

Hiburan Sat, 14 Jul 2018
Hiburan Wed, 11 Jul 2018

陈思颐代言养生美容馆 自嘲变性成功有伴侣

本地网路电台主持人Cindy 陈思颐和新晋男演员Sampson 周力文签约代言养生美容馆;陈思颐自嘲在开始了护理后,让她「变性成功」更有女人味,脱离单身狗的生活。

Hiburan Fri, 5 Aug 2022

Amir Masdi Dapat Restu Ella Nyanyikan Semula Sepi Sekuntum Mawar Merah

Wah Ella pun dah bagi restu rakaman semula lagu ni. Mesti best kan? Jangan lupa untuk dengarkan!

error: Content is protected !!