Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 14, 2025 @ 11:02am

[VIDEO] Puteri Sarah Sujud Syukur Menang Kes Saman Fitnah, Bekas Pekerja Diarah Bayar Ganti Rugi RM150,000

Pelakon dan usahawan jelita, Puteri Sarah Liyana menangis kegembiraan dan sujud syukur sejurus memenangi kes saman terhadap bekas pekerjanya, Nazatul Zainol Abidin.

Menerusi suntingan video siaran langsung di media sosial, Sarah menzahirkan ucapan terima kasih kepada peminat yang mendoakan sekali gus turut memeluk anak sulungnya, Syaikhul Islam sambil menangis.

Menerusi laporan mstar, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah mengarahkan Nazatul untuk membayar ganti rugi berjumlah RM150,000, kos perbicaraan sebanyak RM30,000, serta faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah penghakiman.

Selain itu, Nazatul turut diperintah membuat ‘aku janji’ untuk tidak mengulangi sebarang perbuatan berunsur kenyataan fitnah terhadap plaintif (Puteri Sarah), menulis permohonan maaf dan menarik semula tuduhan fitnah dalam platform Instagram Story dan WhastApp status.

Pada tahun lalu, Sarah memfailkan saman dan menuntut RM1 juta terhadap Nazatul yang dituduh melakukan kenyataan fitnah terhadap selebriti itu.

Antara tuduhan yang dibuat Nazatul adalah memfitnah Sarah mengambil bahan terlarang, menyara atau ‘membela’ individu dipercayai bernama Andy, menggelar ibu anak dua itu sombong, serta mendakwanya suka menganiaya pekerja.

Sumber: mstar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 16 Jun 2018

Gempar! Jatuh Bangunan Selepas Berhibur

Mayat lelaki berusia 29 tahun itu ditemui di tingkat dua premis perniagaan yang terletak berhampiran dengan hotel itu kira-kira 9 pagi tadi (waktu tempatan).

Featured Sun, 30 Jan 2022
Hiburan Thu, 4 Jan 2018

BERMULA DENGAN SEMBAHYANG, KEMUDIAN BERHIJAB OKAY? – AMEERA KHAN

Ameera telah menerima beberapa komen balas dari netizen yang secara langsung menimbulkan kemarahan Ameera di laman Twitter nya itu.

Trending Wed, 22 Jan 2020
Featured Thu, 4 Jun 2026

Jual Tiket Konsert BTS Di Paris, Netizen Dakwa Ernie Zakri ‘Hamil’? Ini Jawapan Empunya Badan

Tindakan Ernie Zakri yang mahu menjual dua tiket VIP kumpulan K-Pop popular Korea Selatan, BTS  di Paris menyorot perhatian ramai.

Hiburan Wed, 10 Jun 2026

Tak Mahu Bergantung Pada Lakonan Semata-Mata, Lan Siro Cuba Jadi Hos Sukan Bola Jaring

Perubahan landskap industri hiburan ketika ini menuntut penggiat seni untuk lebih fleksibel dalam mencari rezeki dan menyesuaikan diri dengan perkembangan semasa.

error: Content is protected !!