Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 7, 2023 @ 12:15pm

Pekin Ibrahim Pesan Jangan ‘Give Up’ Dapatkan Zuriat, Kongsi Pernah Dapat Petua Aneh – “Bila Bersama Perlu Buka…”

Pelakon Pekin Ibrahim tampil memberi pesanan kepada pasangan yang belum dikurniakan rezeki zuriat.

Sudah tentu setiap pasangan mengimpikan hidup berkeluarga yang sempurna dengan kehadiran anak kecil. Namun, tidak semua orang menerima nasib yang sama.

Menurut Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, dia dan isteri yang juga aktres Mona Allen juga melalui nasib tersebut sebaliknya teruskan usaha dengan apa jua cara sekalipun.

“Hidup kita tak boleh ‘give up’, apa jua kena usaha, sama juga dalam kerjaya, bisnes…kalau saya boleh bertahan dalam industi, saya boleh sabar, takkan dalam perhubungan suami isteri kita boleh ‘give up’?

“Kami cuba pelbagai cara seperti rawatan moden dan tradisional. Walaupun Mona lebih ke arah moden, saya pula orang kampung. Orang cakap pergi jumpa Ustaz, Pawang…Mona dia tak percaya perkara begitu,” katanya kepada XTRA ketika ditemui di majlis pelancaran filem terbaharu lakonannya, Gemencheh Boys di TGV Cinema, Pavilion Bukit Jalil, pada Rabu.

Dalam pada itu, Pekin turut berkongsi terdapat pelbagai petua yang aneh-aneh diterimanya untuk mendapatkan zuriat seperti membuka sedikit tingkap ketika bersama dengan isteri.

“Macam-macam saya terima tips dan petua dari orang tua, ada yang cakap ‘bila ‘bersama’ perlu buka tingkap sikit’. Saya pun tercengang bila fikir perkara itu. Tapi saya juga cuba buka sikit tingkap. Tapi tips itu memang ada.

“Mereka cakap ‘buka tingkap sikit’, menghadap kiblat. Semuanya pelik-pelik tapi kita ikhtiar sahaja,” kongsinya.

Untuk info, Pekin dan Mona mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018 dan dikurniakan anak lelaki yang bernama Petra Pekin pada 31 Ogos tahun lalu.

@xtra_my Uish pelik betul petua yang Pekin dapat tu 😱 Tapi kita ikhtiar jela kan soal anak ni 😌 #xtramy #fyp #pekinibrahim #kongsi #petua #dapat #zuriat #aneh #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukanlah Sorok Atau Merahsiakan…” Selepas 4 Tahun Nikah, Mona Allen & Pekin Ibrahim Bakal Timang Anak

ARTIKEL BERKAITAN: Selamat Lahirkan ‘Baby Merdeka’, Mona Allen Mohon Maaf Tak Sempat Balas DM

ARTIKEL BERKAITAN: Mona Allen Belum Sedia Kembali Berlakon, Ingin Fokus Besarkan Anak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#tilljannah Sun, 11 Sep 2022

Erra Fazira Ucap Tahniah Kepada Shahir, Doa Perkahwinan Kekal Ke Syurga

Lurvee Erra Fazira! Kawan yang baik kan?! ❤️

Trending Thu, 22 Feb 2018

年假结束心已死?人生达成「15件小事」越活越快乐

耍废时光总是过得特别快,一想到年后即将面临的各种生活挑战,不禁悲从中来!别太低落了,时时保持乐观心态,你会更快乐!

Featured Mon, 27 Jun 2022
Hiburan Wed, 24 Jun 2026

Uyaina Arshad Cemas Anak Demam Panas Hingga Meracau, Akhirnya Disahkan Positif RSV

Uyaina Arshad memohon doa orang ramai selepas anak keduanya, Raja Urayyan disahkan positif jangkitan Respiratory Syncytial Virus (RSV)

Featured Fri, 30 Dec 2022
error: Content is protected !!