Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 24, 2026 @ 11:59am

Uyaina Arshad Cemas Anak Demam Panas Hingga Meracau, Akhirnya Disahkan Positif RSV

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad memohon doa orang ramai selepas anak keduanya, Raja Urayyan disahkan positif jangkitan Respiratory Syncytial Virus (RSV) dan kini menerima rawatan di hospital.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Uyaina atau nama sebenarnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 34, mengakui situasi itu menjadi detik paling sukar buat dirinya sebagai seorang ibu.

“Titik terendah seorang ibu adalah apabila melihat anak sedang sakit.

“Urayyan disahkan positif RSV. Dia mula demam sejak Jumaat lalu selepas saya mengambilnya dari sekolah. Selepas itu, suhu badannya semakin meningkat sehingga mencecah 40 darjah Celsius.

“Dah makan ubat dan buat jerlum pun masih tidak kebah. Dia juga mula meracau. Saya tahu ada sesuatu yang tidak kena,” katanya.

Menurut Uyaina, dia dan suami, Raja Syahiran segera membawa Urayyan ke hospital kira-kira jam 1 pagi bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“We went to the hospital at 1 am. Buat masa ini semuanya bergantung kepada perkembangan kesihatannya,” katanya.

Dalam masa sama, Uyaina turut memohon orang ramai mendoakan kesembuhan anaknya itu selain mengakui sukar berjauhan dengan dua orang anak yang berada di rumah.

“Saya tak minta banyak, cuma tolong doakan anak saya.

“Saya juga rindu lagi seorang anak di rumah. Kalaulah boleh membelah diri menjadi dua, satu menemani di hospital dan satu lagi berada di rumah.

“Sejujurnya, perasaan ini memang sangat sukar untuk dilalui,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 1 Nov 2021

“Best In The World” – Fasha Sandha Luah Kata-Kata Manis Buat Ibu Mertua

Pelakon jelita, Fasha Sandha meluahkan perasaannya apabila dianugerahkan seorang ibu mertua yang sangat baik dan penyayang. Melalui hantaran gambar yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 37, meluahkan […]

Featured Thu, 19 May 2022

Taylor Swift Kini Bergelar Doktor, Terima Ijazah Kehormat Dari NYU

“I’m now… on paper at least, a doctor!” – Taylor Swift

Drama Tue, 22 Jul 2025
Featured Fri, 7 Oct 2022

Nama Instagram ‘missfazura’ Diguna Untuk ‘Giveaway’, Fazura Beri Amaran!

Jangan ada yang tertipu… Fazura dah bagi warning tu

Trending Fri, 15 Jan 2021
Trending Mon, 13 Jun 2022

“Saya Berdosa Urusan Saya Dengan Allah…” – Isteri Caprice Anggap Komen Negatif Seperti ‘Free Marketing’

Farra Inalis menganggap komen negatif sebagai free marketing perniagaannya.

Hiburan Wed, 24 Jan 2024
error: Content is protected !!