Euforia Bola 2026
Trending By: Padin June 14, 2021 @ 7:13am

“Saya Tak Nampak Sesiapa Lagi Selain Shalma Eliana” – Abubakarxli

Rapper muda tempatan, Abubakarxli berkolaborasi dengan penyanyi Shalma Eliana dalam single terbarunya yang berjudul Naik.

Jejaka pemilik nama penuh Mohamad Faiz Mohamad Yusuf ini mencipta sendiri lagu Naik bersama Shazee Ishak dan Tilla Hanna.

“Tona suaranya memang saya mahukan dalam bayangan penyanyi wanita yang dicari untuk lagu Naik. Malah, saya tak nampak sesiapa lagi selain Shalma Eliana.

“Kami saling mengenali sebelum ini dan kami pantas mencipta keserasian untuk bergabung dalam lagu Naik. Ia secara tak langsung memudahkan proses rakaman selain jadi lebih organic,” kata lelaki berusia 25 tahun ini.

Lagu bergenre adunan hip hop dan pop itu mengangkat perkataaan Naik sebagai satu ruang semangat meneruskan perjuangan hidup.

“Lagu itu umpama motivasi dan penyuntik semangat untuk saya dan mereka yang menikmatinya. Naik itu seperti kita berusaha terus tanpa mengalah dan endahkan bualan orang yang skeptikal mahupun meraguinya.

“Naik itu juga umpama satu kata ganti kepada maju ke depan. Orang bilang kata-kata itu doa. Semua yang hidup nak maju dan berjaya. Pilihan kita untuk jadi lebih baik ialah kuat.

“Benar kejayaan itu tak datang sekelip mata. Pasti ada laluan berliku yang datang silih berganti. Saya harap lagu ini dapat dijadikan pembakar semangat semua yang hampir rasa mengalah,” katanya yang bernaung di bawah Def Jam Malaysia.

Kata penyanyi yang dikenali menerusi dengan lagu NiNiNi itu lagi, karya terbaru berkenaan juga cukup dekat dengannya.

“Sebagai penyanyi, saya cuba sebaik mungkin untuk bawa muzik yang boleh kita ‘relate’. Tambahan dengan situasi getir pandemik COVID-19 dan isu semasa lain, saya harap lagu ini dapat menyuarakan isi hati kita.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Abu (@abubakarxli)

“Satu cabaran juga menulis lagu ini pada awalnya kerana ia lebih sarat dengan mesej berguna. Saya ambil masa dua minggu juga untuk memikirkan rangka dan bait lirik. Namun apabila sudah datang semangat, semua proses jadi mudah.

“Menerusi lagu ini juga saya buat kali pertama bekerjasama dengan Shazee dan juga Altimet untuk proses penerbitan. Malah kami masing masing terbuka berkongsi ilmu dan pendapat,” katanya.

Lagu Naik kini sudahpun tersedia di kesemua pelantar penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, JOOX, KKBOX, Deezer dan YouTube Music manakala video muziknya boleh ditonton di saluran YouTube Abubakarxli.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 28 Jun 2025
Featured Wed, 31 Jul 2024
Trending Thu, 18 Jan 2018

Disangka Dengar Ceramah, Pelajar Juvana Akhirnya Loloskan Diri

Polis memburu tiga penghuni sekolah juvana Teluk Air Tawar yang dipercayai melarikan diri ketika program ceramah harian diadakan

Kes Mahkamah Wed, 2 Aug 2023
Hiburan Fri, 27 Oct 2023
Trending Thu, 18 Jul 2019

Bila Selebriti Pun Sibuk Nak Try #agechallenge, Agaknya Siapa Yang Paling Hot?

Sekali-sekala artsi nak berhibur dengan apps apa salahnya kan? Netizen jangan ada yang kecam pula.

Trending Tue, 2 Mar 2021
Hiburan Sun, 11 May 2025

Suntikan Motivasi Siti Nurhaliza & Fizie Roslan Jadi Pembakar Semangat Perisma

Semangat yang ditunjukkan oleh kedua-dua selebriti itu memberikan dorongan moral yang sangat bermakna kepada Perisma

error: Content is protected !!