Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 11, 2025 @ 5:31pm

Suntikan Motivasi Siti Nurhaliza & Fizie Roslan Jadi Pembakar Semangat Perisma

Kehadiran selebriti dalam memberi sokongan bukan sekadar membawa perhatian media, sebaliknya mampu memberi impak besar kepada badan-badan kebajikan seperti Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bomba dan Penyelamat Malaysia (Perisma).

Yang Dipertua Perisma Kebangsaan, Datin Neta Abdul Hamid meluahkan rasa syukur dan terharu dengan keprihatinan dua figura seni negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan penyampai radio dan pengacara, Fizie Roslan, terhadap perjuangan serta pengorbanan anggota bomba negara.

Menurutnya, semangat yang ditunjukkan oleh kedua-dua selebriti itu memberikan dorongan moral yang sangat bermakna kepada Perisma untuk terus aktif menyokong para anggota bomba serta keluarga mereka.

“Saya mewakili Perisma mengucapkan jutaan terima kasih kepada Siti Nurhaliza dan Fizie yang memberi sumbangan dan sokongan moral kepada anggota bomba.

“Satu penghargaan buat kami apabila Siti yang juga pengasas Yayasan Nurjiwa memberi perhatian dan sumbangan kepada anggota bomba menerusi Perisma.

“Begitu juga dengan Fizie Roslan yang turun ke lokasi kebakaran bersama Pengerusi Perisma Pahang dan team produk Mineral Essence menyantuni anggota bomba sebelum ini.

“Sokongan mereka sebenarnya sangat memberi kesan positif serta jadi motivasi buat kami di Perisma. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2025 yang diadakan di padang Majlis Bandaraya Kuantan 1, baru-baru ini.

Turut hadir ialah Timbalan Yang Dipertua Perisma Kebangsaan, Datin Batiyah Bakar dan Pengerusi Perisma Pahang, Suraya Jusoh.

Tambah Neta, sokongan terbuka oleh selebriti berpengaruh seperti Siti Nurhaliza turut membantu meningkatkan kesedaran masyarakat tentang peranan Perisma dalam menjaga kebajikan keluarga anggota bomba.

“Jujur dari hati, saya berbesar hati apabila Siti Nurhaliza pun menunjukkan sokongan terhadap peranan kami sebagai Srikandi Wira Merah.

“Kalau Biduanita Negara sokong Perisma, diharapkan pihak lain juga bersemangat untuk membantu golongan memerlukan bersama-sama kami,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Perisma turut menjalankan pelbagai inisiatif kebajikan termasuk bantuan kewangan dan pembangunan kemahiran untuk ahli-ahlinya.

“Kami sentiasa berdoa dan memberikan kata-kata semangat apabila suami berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam melaksanakan tugasan sebagai anggota bomba.

“Dalam masa yang sama, Perisma menjalankan amanahnya untuk menjaga kebajikan isteri-isteri bomba dan anggota bomba wanita.

“Sebenarnya kebajikan yang diberikan kepada mereka itu disampaikan dalam pelbagai bentuk. Misalnya apabila ada pegawai bomba wanita atau isteri anggota bomba yang sakit atau ditimpa bencana, kami akan bantu dari segi kewangan dan berusaha memenuhi bantuan yang diperlukan.

“Bukan itu sahaja, Perisma juga memainkan peranan apabila mana-mana keluarga anggota bomba yang susah atau mengalami kesukaran hidup, kami akan usahakan yang terbaik.

“Tidak cukup dengan itu, kebajikan yang kami sediakan juga termasuklah menekankan soal kemahiran dalam diri setiap ahli. Ini adalah sebagai persediaan ahli untuk membantu suami dalam menambah pendapatan.

“Misalnya kami anjurkan kelas memasak dan kursus kecantikan. Ini penting untuk meningkatkan keyakinan dalam diri juga,” katanya.

Mengulas mengenai peranan sebenar Perisma, Neta menafikan ia hanyalah organisasi pelengkap semata-mata.

“Perisma bukan hanya tempelan kerana kami membawa fungsi yang sangat penting kepada anggota bomba.

“Kalau ada yang cakap Perisma ini hanya tempelan dan nak menumpang populariti kerjaya bomba, itu silap. Perisma mempunyai peranan tersendiri,” tegasnya.

Dalam pada itu, Pengerusi Perisma Pahang, Suraya Jusoh turut menzahirkan rasa bangga terhadap ahli-ahli yang sanggup berpanas dan tetap menunjukkan semangat tinggi menyertai perbarisan sempena sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia.

“Saya berbangga dengan komitmen serta kesungguhan yang ditunjukkan. Saya tahu tidak mudah untuk menyertai perbarisan itu kerana kita sebagai isteri mempunyai banyak tugasan hakiki di rumah.

“Nampaknya semangat kuat mereka mengatasi segala-galanya walaupun cuaca agak panas. Siap boleh senyum lagi di hadapan Pentas Diraja.

“Dalam hal ini, apa yang lebih penting Perisma harus terus dikenali kerana peranan pentingnya. Bukan hanya tempelan.

“Harapan saya agar ahli-ahli Perisma sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun negeri, akan sokong segala aktiviti yang dijalankan. Bagi saya, sokongan ini sebenarnya sekaligus dapat menaikkan nama Perisma itu sendiri,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Oct 2018

演了大鸟50年! 85岁的他宣布从《芝麻街》退休

《芝麻街》为相当知名的儿童教育电视节目,尤其当中许多布偶深受大小朋友喜爱,现在扮演「大鸟」长达50年的资深演员Caroll Spinney 宣布退休,节目于官方推特感谢他的付出,为小朋友带来许多欢笑和美好回忆。

Hiburan Mon, 6 Oct 2025
Hiburan Fri, 24 Nov 2017

Fattah Amin, Fazura Sebenarnya Sudah Bertunang

Bertunang sudah sebenarnya tetapi dirahsiakan agar tidak menganggu ibadah umrah kami

Hiburan Mon, 11 Mar 2019

‘Jadi Pelumba Mengajar Saya Jadi Lebih Penyabar’- Wany Hasrita

Bila tamat sahaja perlumbaan, orang pertama saya akan cari sudah tentu dia. Siapa orangnya?

Hiburan Wed, 26 Jun 2019
Featured Mon, 25 Mar 2024
Featured Sat, 3 Apr 2021

Dr Amalina Bakri Selamat Nikahi Alexander Charles Di London

Pakar bedah pelatih Dr Nur Amalina Che Bakri kini sah bergelar isteri kepada jejaka tampan, Charles Alexander di sebuah masjid di London. Menerusi perkongsian Instagram, Dr Amalina berkata mereka selamat diijabkabulkan pada 31 Mac lalu […]

Hiburan Thu, 7 Mar 2019

Terkilan Permohonan Ditolak, Man Bai Mahu Sistem Pengurusan Istana Budaya Berubah

Man Bai dan Rahim Maarof dijangka mengadakan konsert 2V pada 6 April 2019 (Sabtu) di Dewan Tunku Abdul Rahman MaTiC Kuala Lumpur. Jom dapatkan tiket di www.ilassptickets.com sekarang!

Hiburan Fri, 3 Nov 2023

“Rasa Azab Juga, Dulu 9 Bulan Boleh Nyanyi Kat Club Lagi…” – Berbeza Hamil Anak Perempuan, Tom Cepat Penat & Mengantuk

Fuh tapi Tom walaupun dah 6 bulan mengandung tetap aktif atas pentas Famili Duo 3 kan!

Hiburan Sat, 19 Dec 2020

Ernie Zakri Tidak Letak Harapan Menang Vokal Terbaik Pada AJL35

Tak sabar nak tengok persembahan Ernie Zakri di AJL35

error: Content is protected !!