Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 28, 2025 @ 11:51am

[VIDEO] “Tolonglah, Macam Mana Aku Nak Kuat Semangat…” – Kak KM Menangis Rindu Anak Sulung

Usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, tidak dapat menahan sebak apabila merindui anak sulungnya, Nabila Razman, yang kini berhijrah ke Singapura atas tuntutan pekerjaan.

Menerusi sebuah video yang tular di platform TikTok, Kak KM meluahkan rasa rindu yang semakin menebal sehingga hampir membuatkan dirinya menempah tiket ke Singapura demi bertemu anak tersayang.

“Tolonglah… macam mana aku nak kuatkan semangat ni? Semakin teruk rasa rindu ni, Ya Allah… Rasa nak terbang ke Singapura sekarang juga,” luahnya sebak.

Dalam siaran langsung tersebut, Kak KM turut berkongsi rasa risau dan bertanya keadaan anaknya di sana.

“Anak Mama, semoga anak Mama sihat dan dalam keadaan baik-baik saja. Mama rindu sangat… Dah makan apa anak Mama tiga hari ni?” ujarnya penuh sayu.

Di ruangan komen, netizen tidak ketinggalan menitipkan kata-kata semangat dan doa agar Kak KM terus tabah menghadapi rindu yang membuak ketika berjauhan dengan anaknya.

@jamusweetdara_kakkm

rindu anak MAMA #kakkm #jamuviral #kakkmviral

♬ original sound – Sweetdara_lianarosli – Sweetdara_lianarosli

Sebelum ini, Kak KM memaklumkan bahawa anaknya, Nabila, telah berhijrah ke Singapura selepas diterima bekerja sebagai pramugari syarikat penerbangan ternama, Singapore Airlines, dengan kontrak selama lima tahun.

Artikel Berkaitan: Nabila Berkhidmat Sebagai Pramugari Singapore Airlines, Kak KM Sayu Lepaskan Anak Berhijrah – “Rasa Macam Putus Nyawa” 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 21 Jun 2022

Individu Persenda & Hina Kematian Adibah Noor Akhirnya Mohon Maaf

Alhamdulillah. Janjih tak buta lagi okay!

Hiburan Mon, 10 Dec 2018

#AnggunLife : Kenapa Ezzaty Abdullah Takut Hantar Anak Ke Pusat Pengasuh?

Siapa tak sayang anak sendiri kan? Pasti semua ibu-bapa mahukan yang terbaik untuk si anak.

Hiburan Tue, 17 Sep 2019
Hiburan Wed, 3 May 2023
Hiburan Thu, 14 Mar 2024
Hiburan Wed, 17 Jan 2018

Farid Kamil Pulang Ke Kampung, Kenapa?

Farid Kamil pulang ke kampung untuk menenangkan fikiran

Trending Sun, 18 Nov 2018

Nota Terakhir Jururawat Sebelum Bunuh Diri Bersama Dua Anak

”Saya Dah Tak Mampu Teruskan Kehidupan,” Nota Terakhir Jururawat Sebelum Bunuh Diri Bersama Dua Anak

error: Content is protected !!