Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 6, 2023 @ 11:55am

“Ini Bukan Soal Siapa Menang Siapa Kalah” – Tetap Teruskan Saman Terhadap Farid Kamil, Syamsul Yusof Enggan Komen Isu Aaron Aziz

Pengarah dan penerbit kontroversi, Syamsul Yusof, 39, tetap mahu meneruskan niat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap aktor Farid Kamil, 42.

Kata pengarah KL Gangster itu, dia tekad untuk membersihkan namanya.

“Untuk yang mana saya nak saman tu, tetap berjalan. Jadi saman itu tetap saya teruskan. Saya pun harap Allah lembutkan hati saya untuk tarik saman. Mungkinlah. Saya pun tak tahu.

“Tapi sekarang ini, saya tetap akan teruskan. Ini bukan soal siapa menang siapa kalah, ia hanyalah perkara yang patut kita ambil.

“Apabila kita berdiam diri buat kerja kita, tiba-tiba ada orang menganggu, atau berikan kata-kata buruk, kita perlu mengambil tindakan.

“Saya seorang yang tenang, saya tak suka ada isu dengan rakan-rakan artis kerana kita semua dalam satu bidang.

“Saya tanya apakah anda akan mengambil tindakan saman kalau ada orang mengutuk anda di media sosial, jadi saya ambil tindakan undang-undang sajalah,” katanya kepada XTRA.

Terdahulu, pada 21 Mac lalu, Syamsul membuat pendedahan dia serius mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap aktor filem 7 Perhentian itu berikutan kenyataan yang pernah dimuat naik oleh Farid di laman sosial, Instagram, baru-baru ini.

Menerusi kenyataan terbabit, Farid mendakwa seorang lelaki pernah memukul seorang wanita bernama Diana namun tiada sebarang tindakan diambil.

Diana yang dinyatakan dalam kenyataan itu dipercayai merujuk kepada isteri Farid iaitu Diana Danielle.

Sementara itu, Syamsul enggan mengulas lanjut apabila ditanya mengenai kenyataan pelakon Datuk Aaron Aziz yang meminta Syamsul memohon maaf kepada kedua orang tuanya, Datuk Syamsul Yusof dan Datin Patimah Ismail.

“Bila saya keluarkan kenyataan, perkara ini tidak akan habis, jadi apa yang saya mampu cakap mengenai isu Aaron, saya sudah komen sebelum ini,” katanya.

Ketika ditanya sama ada boleh bersemuka bersama Aaron untuk menyelesaikan kemelut mereka berdua, pengarah KL Gangster itu tidak mempunyai masalah untuk berbuat demikian.

“Boleh, tak ada masalah,” katanya.

Semalam, Aaron yang ditemui media disoal mengenai jalan terbaik agar kemelut antara dirinya dan Syamsul dapat ditamatkan.

Jawab Aaron, perkara itu hanya akan terjadi selepas Syamsul memohon maaf kepada kedua orang tuanya.

“Tak ada sebarang konfrontasi. Saya cakap kepada umum suruh dia minta maaf pada kedua orang tuanya (Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail),” kata Aaron.

ARTIKEL BERKAITAN: Hormati Permintaan Isteri, Aaron Aziz Kunci Mulut… Enggan Ulas Lagi Isu Dengan Syamsul Yusof

Terdahulu, Syamsul ditemui Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur ketika hadir bagi sebutan tuntutan nusyuz yang difailkan olehnya terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana, 38.

Mahkamah menetapkan tarikh baharu iaitu 8 Mei berikutan Puteri Sarah tidak hadir atas tuntutan kerja di luar negara.

Syamsul memfailkan permohonan nusyuz pada 21 Mac lalu di mahkamah sama.

Sementara itu, Puteri Sarah tidak hadir dan hanya mewakilkan peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kadir.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 14 Apr 2023
Trending Sat, 8 May 2021

Berikut Adalah Senarai 9 Sekatan Jalan Raya Di Ibu Negara

Korang boleh tengok jalan mana yang kena roadblocks okay!

Hiburan Thu, 28 May 2026

Pernah Diuji Hingga Dihalau, Dibaling Makanan… Ozlynn Syukur Rumah Tangga Masih Utuh

Ozlynn bersyukur kerana dia dan Johan sentiasa berdepan setiap ujian bersama-sama sepanjang melayari alam rumah tangga.

Trending Sun, 28 Nov 2021

“Golongan Dewasa Sehingga Kanak-Kanak Semua Bagi Respons Positif” – Alyah Terkejut Ramai Gemarkan Single ‘Thank You Allah’

Jika diperhatikan di laman sosial terutamanya di laman Instagram, lagu Thank You Allah nyanyian Datin Alyah sering digunakan oleh semua golongan masyarakat sehingga ke hari ini. Biarpun lagu itu dilancarkan pada April lepas, ramai pengguna […]

Hiburan Fri, 22 Dec 2017

Peminat Tak Sabar Nak Tengok Anak Ramona Zamzam

Peminat Tak Sabar Nak Tengok Anak Ramona Zamzam

Featured Thu, 20 Nov 2025

Azhar Sulaiman ‘Sumpah’ Kamal Adli Miliki Nasib Baik Persis Fattah Amin

Behar, mendoakan agar Kamal memperoleh rezeki dan nasib baik selepas melalui fasa sukar dalam hidupnya.

Hiburan Tue, 27 Jan 2026

Sasha Abdul Aziz Syukur Rezeki Semakin Bertambah, Pasang Niat Mahu Bayar Zakat Tinggi Tahun Ini

Sasha mengakui dirinya sudah berniat untuk membayar zakat dengan jumlah yang banyak tahun ini. 

error: Content is protected !!