Euforia Bola 2026
Featured By: Arfah November 26, 2021 @ 2:28pm

Angkara Pembesar Suara Seorang Lelaki Kurang Siuman Terkoban Nyawa

Akibat pergaduhan yang membawa maut, polis telah menahan tiga suspek termasuk dua beranak yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu di pasar pagi Flat Jalan Ashby di Ipoh, Perak pada Khamis.

Memetik laporan Sinar Harian, mangsa yang dikenalpasti Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin maut ditempat kejadian selepas lehernya dicekik semasa pergaduhan yang berlaku kira-kira jam 9:30 pagi.

Kejadian terjadi akibat rasa tidak puas hati kerana dikatakan mangsa telah mencuri pembesar suara mudah alih milik seorang daripada suspek.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, salah seorang daripada suspek berasa tidak berpuas hati setelah menemui mangsa bersama dengan pembesar suara itu sebelum perbalahan berlaku.

Permohonan reman akan dibuat terhadap ketiga-tiga suspek yang terlibat berusia 34, 47 dan 60 tahun bagi menjalankan siasatan kes dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mior juga menjelaskan mangsa yang berusia 29 tahun itu dipercayai mempunyai masalah mental.

Sementara itu, video tentang pergaduhan tersebut telah tular di media sosial yang menunjukkan dengan jelas dua orang suspek sedang memukul dan mencekik mangsa.

Rata-rata komen yang ditinggalkan netizen terhadap video tersebut berasa amat marah dengan orang ramai yang memerhati sahaja kejadian yang berlaku tanpa membuat apa-apa.

Malah apa yang membuat netizen lebih berang adalah apabila terdengar suara seorang wanita di dalam video berkenaan yang bersorak mengatakan “lagi” dan mengucapakan “alhamdulillah ketika melihat kejadian itu.

Video yang dimuat naik di Facebook pada Khamis itu telah meraih 307,000 tontonan.

Kredit foto: Netizen

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 29 Dec 2022
Featured Fri, 29 May 2020
Hiburan Tue, 25 Jul 2023
Featured Mon, 15 Jul 2019
Trending Mon, 23 Jul 2018

Hebat! Remaja 19 Tahun Mula Jalan Kaki Ke Makkah

Sebelum ini ramai orang mengejeknya kerana didakwa kurang siuman hanya kerana ingin melakukan misi berjalan kaki, namun tidak menghiraukan kata-kata berkenaan.

error: Content is protected !!