Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar May 29, 2020 @ 9:00am

Cara basuh baju kurung songket dan samping songket supaya kekal lama

Setiap wanita di Malaysia wajib memilik baju kurung yang diperbuat daripada kain tenun khususnya songket sekali seumur hidup sebagai tanda sokongan kepada pengusaha kain tenun di negara ini.

Meskipun harganya agak mahal, sebagai rakyat Malaysia kita sepatutnya berbangga dengan kain warisan bangsa yang menjadi identiti negara.

Selain songket yang cukup sinonim dengan masyarakat di Terengganu dan Kelantan, ada pelbagai jenis kain tenun, antaranya tenun Pahang, pua kumbu di Sarawak, kain limar dan banyak lagi.

Begitupun, songket lebih banyak digunakan rakyat di negara ini, namun kesukaran menghasilkan songket tradisi yang dibuat secara manual menjadikan kain berkenaan agak mahal.

Songket yang dibuat secara tradisi tidak boleh dicuci seperti kain biasa kerana kain berkenaan ditenun dengan benang emas, malah cara menggosoknya juga perlu teknik tertentu.

Bukan mudah menenun songket, pengusaha songket, Zainab @Ngah Mamat membantu pekerjanya menenun songket di bengkel di Panji Alam, Kuala Terengganu. (Gambar hiasan NSTP/ROZAINAH ZAKARIA)

Berdasarkan perkongsian pemilik akaun Neni Sudirman yang juga pengasas Elviana Songket, sebaik-baiknya elakkan daripada menggosok kain songket kerana kepanasan seterika akan menjejaskan kualiti tenunan benang emas itu sendiri.

“Jika ada yang hendak menggosok juga baju kurung atau samping yang diperbuat daripada songket, pastikan suhu tidak terlalu panas. Suhu yang terlalu panas boleh menyebabkan benang putus,” tulisnya.

Ada juga yang mencadangkan supaya kain songket dilapiskan dengan kain lain seperti kain batik yang diletakkan di atasnya, justeru hanya kain batik yang terkena seterika.

Bagi wanita yang menggayakan persalinan baju kurung diperbuat daripada songket pada Aidilfitri lalu, ketahui cara betul untuk membersihkannya bagi menjaga mutu dan hayat kain songket.

Teknik yang dikongsikan oleh Neni ini juga boleh digunakan untuk membasuh samping songket, namun sebaik-baiknya jangan kerap mencuci songket.

Cara membasuh kain songket:

1. Mencuci

Panduan paling penting, jangan sekali-kali membasuh kain songket di dalam masin basuh. Selain bimbang benang emas boleh tersangkut dengan peralatan besi seperti zip dan cangkuk pada baju lain, cucian dalam masin basuh boleh merosakkan tenunan.

Rendam selama sejam menggunakan sabun basuh yang lembut atau boleh sahaja direndam menggunakan pelembut (jenama Softlan sesuai digunakan).

2. Bilasan

Buang air cucian dan masukkan air baharu untuk bilasan. Biarkan seketika untuk menghilangkan kesan air sabun atau pelembut tadi. Penggunaan peluntur sama sekali diharamkan.

Kain songket tidak perlu diperah kerana dibimbangi boleh menyebabkan benang emas terputus, sebaliknya anda disarankan supaya meletakkan songket di atas bakul kain yang mempunyai banyak lubang dan biarkan air meleleh jatuh

3. Jemur

Sebaik-baiknya apabila hendak dijemur, sangkut di tempat yang teduh dan berangin. Jangan sekali-kali dijemur di bawah cahaya matahari kerana  panas matahari boleh merosakkan kain songket.

Ada juga yang mencadangkan supaya kain songket dikeringkan menggunakan kipas sahaja kerana cara ini lebih sesuai untuk mengekalkan mutu kain berkenaan.

4. Menyimpan

Sebelum hendak menyimpan kain songket, pastikan kain berkenaan sudah betul-betul kering kerana kain yang masih lembap boleh menjejaskan mutu kain songket.

Elakkan daripada melipat kain songket, sebaik-baiknya digantung atau disangkut, namun anda juga boleh mnggulung kain songket supaya benang emas tidak terlipat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 28 Nov 2024

Bekpes Hot Baca Nama Graduan Sempena Majlis Konvokesyen UKM! Johan Paling Power, Sampai Mic Pun Boleh Jatuh

Johan kelihatan diberi tugas membaca nama-nama graduan sempena Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ke-52 baru-baru ini.

Featured Mon, 24 Jun 2024

Kamal Bakar Nazak, Kuman Merebak Hingga Tutup Paru-Paru

Kita doakan moga abang Kamal Bakar dikurniakan syifa🤲

Featured Sun, 13 Feb 2022
Featured Wed, 4 Jan 2023
Featured Wed, 2 Nov 2022
Featured Wed, 11 Jan 2023

Syamsul Yusof Buka Mulut Isu Bernikah Dengan Ira Kazar, Dedah Sebab Tak Minta Izin Isteri Pertama – “Tak Mudah Untuk Terima, Beri Saya Peluang…”

Jatuh cinta pada Ira Kazar atau berkahwin kerana berkemampuan? 🤔 ‘Saya berserah, yang penting bersyukur dah sah’ – SY

Featured Mon, 19 Jul 2021

Dilarang Ziarah Hari Raya Aidiladha, Polis Akan Periksa Rumah

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini memaklumkan akan membuat pemeriksaan secara rawak di beberapa buah perumahan bagi memastikan tiada sebarang aktiviti ziarah menziarahi sempena Hari Raya Aidiladha. Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) […]

error: Content is protected !!