Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 5, 2025 @ 4:56pm

“Taat Pada Permintaan Suami & Berusaha Jadi Umat Yang Terbaik” – Rakan Baik Kongsi Sisi Peribadi Fatin Afeefa

Dalam satu perkongsian jujur dan menyentuh hati, sahabat rapat kepada Fatin Afeefa mendedahkan sisi peribadi pelakon dan usahawan itu yang jarang diketahui umum.

Menerusi perkongsian di TikTok, pengasas produk penjagaan rambut, Sugardoll iaitu, Nabilah Nazib berkata, Fatin bukan sahaja seorang yang kuat bekerja tetapi seorang yang taat dan patuh pada permintaan suaminya, Aliff Awang.

Malah, sejak mendirikan rumah tangga, Fatin nekad untuk menjadi isteri dan ibu yang terbaik buat keluarganya.

“Kepada sahabat saya yang paling rajin, biar lah orang tahu benda yang Fatin tak nak orang tahu.

“Fatin ni dia seorang yang sangat setia orangnya. Bukan sahaja setia tetapi taat dan patuh pada setiap permintaan suami.

“Masa dia nak kahwin dengan Opai. dia da bagitahu saya dan dia cakap dia harap ini yang terakhir. Dia nak jadi isteri dan ibu yang terbaik.

“Dia nak jadi umat yang lebih baik. terus pakai tudung lepas kahwin. Tak ada siapa pun suruh mahupun paksa.  Tapi dia betul-betul berusaha untuk jaga peluang yang Allah SWT kurniakan,” kongsinya.

@sugardollbynn To my most hardworking friend, biar lah org tau benda yg @bukan fatin afeefa xnk org tau ni. She is the MOST LOYAL, person. On earth. Betapa beliau taat dan patuh pada setiap permintaan suami. Masa fatin nk kawin dgn opai, dia bgtau sy. And dia ckp, dia harap ini yg terakhir . Dia ckp, dia nk jadi isteri dan ibu yg terbaik. Dia nk jd umat yg lebih baik. Dia terus pakai tudung lepas kahwin. Xde siapa pn suruh / paksa. Tp dia betul2 berusaha utk jaga peluang yg allah swt. Korg pernah dgr dia menyanyi lg? Berlakon lg? Tak kan? Because i know how hard she’s been struggling to stay istiqamah. Besar rezeki fatin, opai jaga serba serbi. Tp fatin ni kerja dr dia kecik kot. Dr bulan bintang. Tanpa izin suami, sikit pn die xrasa die kene kjar dunia. Sampai la satu hari dia mntk izin baik2, dia nk back on her business @LeanbyFA HQ ♬ suara asli – LIRIK STORY

Dalam pada itu, Nabilah juga memaklumkan, Fatin sedaya upaya istiqamah menjalankan tanggung jawabnya sehingga sanggup mengorbankan kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Malah, teraju utama filem Tentang Bulan itu juga turut memanfaatkan hasil bayaran yang diterimanya sebelum ini untuk keluarganya.

“Kau orang pernah dengar dia menyanyi atau berlakon lagi? Tak kan? Sebab dia strugglin untuk istiqamah.

“Besar rezeki Fatin, Opai jaga serba serbi. Tapi Fatin ni kerja dari dia kecik kot. Dari bulan bintang. Tanpa izin suami, sikit pun dia tak rasa dia kena kejar dunia.

“Sampai lah satu hari dia minta izin baik-baik dia nak back on her business @LeanbyFA HQ . And opai support dia. Baru dia start balik.

“And from that day, anda tak tahu betapa banyaknya  sokongan kau orang membantu “kebaikan” dia.

“Dia tak beli  benda merepek. Semua dia bagi balik dekat mak ayah dia. Anak-anak dia. Orang sekeliling dia.

“So bila Ivy cakap nak meniaga tak nak susahkan siapa-siapa. We both know she is just another fatin,” katanya.

Sekadar info, Fatin mendirikan rumah tangga dengan Aliff pada Disember 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Jibril.

Sebelum itu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia.

Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian hasil perkahwinan pertamanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Tue, 2 Jun 2020

Isu Maut Dilanggar Pemandu Mabuk, Kerajaan Sedia Beku Pengeluaran Lesen Jual Arak

Apa-apapun keputusan adalah demi kebaikan bersama…

Hiburan Mon, 8 Jun 2026

Khairul Aming Jelaskan Sebab Restoran Rembayung Tidak Sediakan Sistem ‘Walk In’, Utamakan Keselesaan Pelanggan

Menurutnya, situasi di Rembayung berbeza berbanding restoran yang beroperasi di dalam pusat beli-belah kerana pelanggan perlu beratur di kawasan terbuka

Trending Fri, 26 Oct 2018

“Jangan Klik Pautan Minta Kemaskini Info Bank” – Ketua Polis

Orang ramai supaya peka dan tidak sama sekali klik sebarang pautan melalui emel atau pesanan ringkas yang meminta pengguna untuk mengemaskini maklumat bank.

Hiburan Wed, 22 Jan 2025
Featured Tue, 7 Mar 2023

“Dia Terbuka Untuk Mencuba” – Yazmin Aziz Kongsi Teman Lelaki Minat Kenali Budaya Melayu & Agama Islam

Kekasih saya bukan orang Islam tapi dia sangat menghormati agama Islam – Yazmin Aziz

Featured Fri, 3 Jan 2025

Sheila Rusly Terima Menantu Muallaf, Anak Bongsu Nikah Hari Ini

Perkara gembira itu dikongsi oleh kakak ipar Luth yang juga pelakon, Elisya Sandha menerusi beberapa hantaran di media sosial nya.

Hiburan Wed, 15 Jan 2020

Pelawak Senior Indonesia Pesan Dadah Tiga Kali Sebulan!

Pengacara berusia 56 tahun itu ditahan pihak Polis pada 19 Julai 2019 selepas didapati terlibat dalam penyalahgunaan dadah. 

Selebriti Fri, 6 Oct 2023
Trending Mon, 3 Aug 2020
error: Content is protected !!