Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 22, 2025 @ 4:57pm

Ummi Nazeera Berehat Seketika Selepas ‘Taruh’ Jiwa & Emosi Dalam Drama Teratak Kasih Salina

Pelakon versatil, Ummi Nazeera memaklumkan dia bakal berehat seketika daripada terlibat dalam mana-mana terbitan selepas tamat penggambaran drama Teratak Kasih Salina.

Ummi atau nama sebenarnya, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 35, berkongsi sebuah video di Instagram miliknya memaparkan, aktor Aqasha yang membawa watak sebagai Qossim yang sedang menyanyi sambil memetik gitar.

“Bila saya tak pakai mic, lepastu hero masuk dialog spontan. Teratak Kasih Salina #RinduKasih3. Alhamdulillah, kami dah selesai penggambaran.

“Insya-Allah, akan keluar bulan depan di TV3. Salina 3.0 bukan lagi Salina 1.0 dan 2.0. Dia dah keluar dari landasan kali ini. Harap penonton akan enjoy!

“Saya akan berehat seketika dari dunia lakonan. Insya-Allah,” katanya di kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera)

Sementara itu, ketika ditemui XTRA baru-baru ini Ummi berkata dia akan mengikuti abangnya, Nazreem Musa ke luar negara.

“Selepas habis shooting drama ini saya akan berehat seketika, masa untuk ‘healing’. Insya-Allah saya akan bercuti ke Paris dengan abang saya. Rehat sekejap, mungkin selepas raya baru saya kembali berlakon.

“Buat masa ini saya tak nak ‘lock’ mana-mana tawaran berlakon sebab kali ini saya betul-betul nak pilih watak… Saya tak nak mengecewakan peminat saya.

“Sebab ada juga ada yang minta saya bawa watak lain, sebab itu saya perlu memilih watak yang boleh membawa kelainan,” katanya.

Ummi berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di sesi penggambaran bagi mempromosikan drama Teratak Kasih Salina arahan Pali Yahya yang diadakan di Seri Pentas, Bandar Utama, Kuala Lumpur, pada awal Januari lalu.

Sebelum ini, Ummi tidak menafikan dia cuba untuk berubah angin dalam ‘genre’ lakonannya di tahun baharu 2025 dengan membuat keputusan untuk meletak ‘noktah’ daripada memegang watak wanita teraniaya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ummi Nazeera Mahu ‘Berubah Angin’, Syukur Suami & Abang Banyak Beri Sokongan – “Kali Ini Saya Pula Menganiaya”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 17 Nov 2020
Hiburan Tue, 23 Oct 2018

19 Tahun Berkahwin, Akhirnya Kajol…

Sebilangan besar peminat kecewa bila mendapat tahu pelakon kegemaran mereka ini memilih aktor Ajay Devgan sebagai suami. Alamak, kenapa tu?

Trending Fri, 13 Nov 2020
Hiburan Tue, 21 Nov 2017

KENAPA NI ZIZAN?

Baru-baru ini Zizan telah mengalami kecederaan semasa sedang menjalankan penggambaran Filem terbarunya. Apa jadi kat Zizan ni?

Hiburan Wed, 18 Mar 2026

Man Kidal Lega Dapat Tunai Hasrat Arwah Sahabat, Lancar Lagu ‘Aspirasi Raya’

Man Kidal meluahkan kelegaan apabila berjaya menunaikan hasrat arwah sahabatnya, Kidat dengan menerbitkan lagu raya berjudul Aspirasi Raya.

Featured Fri, 19 Feb 2021

Sesi Persekolahan Bermula 1 Mac Ini

Baca artikel lebih lanjut untuk semua sesi sekolah rendah & menengah

Contest Tue, 6 Aug 2019

MyeongDong Topokki Challenges Your Taste Buds with Pedasss Chick-Yun Challenge!

Do you think you have what it takes to take on the ultra spicy chicken ramyun exclusively from MyeongDong Topokki?

Hiburan Sun, 18 Aug 2024
error: Content is protected !!