Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 18, 2024 @ 9:47am

Marsha Milan Alunkan Balada Meruntun Jiwa Dalam ‘Jika Takdir’

Penyanyi dan pelakon popular Marsha Milan sekali lagi membuktikan vokal nyanyiannya masih berbisa dengan buah tangan terbaharu ‘Jika Takdir’ yang merupakan hasil kerjasamanya bersama Alternate Records dan Sony Music Entertainment Malaysia.

Lagu ini telah terpilih sebagai runut bunyi (OST) bagi drama ‘Mentua’ yang bakal ditayangkan di slot Lestary TV3.

Kerjasama antara Alternate Records dan Sony Music Entertainment Malaysia ini telah menggabungkan kekuatan dan pengalaman dua nama besar dalam industri muzik, mencipta sebuah lagu yang bukan sahaja menonjol dari segi kreativiti tetapi juga memberikan pengalaman muzik yang mendalam dan memberi kesan yang kuat kepada pendengar.

Lagu ‘Jika Takdir’ hasil karya terbaharu komposer terkenal Sang Hitam, Mas Dewangga dan Jova Devitoo ini merupakan sebuah balada yang meruntun jiwa. Dengan elemen muziknya yang epik dan mendalam, lagu ini bukan hanya sekadar melodi, malahan menjadi nadi yang menyempurnakan drama ‘Mentua’. Setiap nada dan liriknya menggoncang perasaan dan membawa penonton ke dalam lautan emosi yang mendalam.

Mas Dewangga, yang juga penulis lirik dan penerbit lagu ‘Jika Takdir’, menjelaskan bahawa lagu ini menggambarkan perjalanan hidup seseorang yang menghadapi pelbagai cabaran dan halangan.

“Pada pendapat saya, Marsha mempunyai bakat luar biasa dalam nyanyian dan lakonan. Suaranya yang merdu dan vokalnya yang padu mampu menyampaikan emosi lagu ini dengan mendalam dan meyakinkan. Kerjasama dan profesionalisme Marsha benar-benar memudahkan proses rakaman dengan mengambil masa tiga jam sahaja.

“Harapan saya untuk lagu ini agar ia dapat diterima dengan baik oleh pendengar kerana saya yakin lagu ini mampu meruntun jiwa pendengar justeru menjadi salah satu ciptaan yang akan diingati dalam industri muzik tempatan serta dapat mengukuhkan lagi kedudukan Marsha Milan sebagai seorang penyanyi yang berbakat dan serba boleh,” kata Mas Dewangga.

Dalam pada itu, Marsha yang sering dipanggil ratu OST (Original Sound Track), terbuka dengan gelaran tersebut.

“Gelaran itu sekadar nama. Perkara yang lebih penting ialah penerimaan pendengar dan kesetiaan mereka menantikan karya saya yang akan datang. Saya sangat menghargai sokongan serta kepercayaan dari Alternate Records dan Sony Music Entertainment Malaysia kerana terus menyediakan lagu-lagu yang memberi inspirasi dan menyentuh hati orang ramai.

“Saya sudah menyanyikan beberapa lagu OST sebelum ini, dan memang benar bahawa lagu-lagu tersebut berjaya menangkap intipati emosi lirik dengan sempurna. Oleh itu, saya sangat berbesar hati kerana sekali lagi saya ditawarkan untuk menyumbangkan suara untuk lagu tema TV iaitu drama ‘Mentua’.

“Pada pertama kali saya mendengar melodi Jika Takdir, ia terus menangkap hati saya. Saya serta-merta menyukainya dan bersetuju untuk berkolaborasi kerana balada sedih ini sangat istimewa, dengan keindahan lirik dan melodi yang mempunyai jiwa, pasti akan menyentuh hati pendengar,” ujarnya.

Sebelum ini, single Marsha yang berjudul ‘Hening Rindu’ yang merupakan lagu runut bunyi kepada drama ‘Aku Bukan Ustazah’ telah mencatat hampir 800,000 tontonan di YouTube sekaligus menjadikan lagu tersebut trending di YouTube Music di tangga ke-25 dan juga kini mendapat lebih 100 juta tontonan di aplikasi TikTok.

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar lagu ‘Jika Takdir’ nyanyian Marsha Milan yang telah mula berkumandang di platform iTunes atau melalui aplikasi penstriman dalam talian seperti Spotify dan YouTube Music.

Nantikan juga drama ‘Mentua’ yang akan mula bersiaran pada 24 Ogos 2024, setiap hari Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam di TV3 dan strim juga melalui Tonton di www.tonton.com.my , muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 17 Dec 2025
Featured Tue, 30 Aug 2022

[VIDEO] Mesra Layan Peminat OKU, Siti Nurhaliza Buat Netizen Cair! – “Terharunya, Tak Kekok Pun…”

Alahai comelnya Siti Nurhaliza layan peminat ☺️☺️ Sweet sungguh!! Tapi kenapa min rasa sebak niiii? 🥲

Trending Wed, 10 Oct 2018

OMG! Bungkusan Mayat Kena Tinggal Atas Highway

Mayat siapa pula ada tengah jalan ni? Lebih pelik, mayat itu diikat pada katil dan ditinggalkan di atas lebuh raya.

Hiburan Mon, 9 Dec 2019
Hiburan Wed, 25 Dec 2019

Jovian Bawa Anak Tunai Umrah

Untungnya kecil-kecil dah ke Tanah Suci!

Featured Tue, 26 Oct 2021
error: Content is protected !!