Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 28, 2025 @ 3:40pm

Mawar Karim Perjelas Maryam Sayang Adik-Adik Tiri – “Anak Dari Broken Family Mudah ‘Insecure'”

Usahawan dan bekas isteri pelakon, Fizo Omar iaitu Mawar Karim tampil memberi penjelasan mengenai hubungan anak perempuannya, Wan Maryam bersama adik-beradik tirinya.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Mawar berkata Maryam menyayangi adik-adiknya, malah teruja membeli hadiah untuk mereka.

“Siapa kata tak suka, Maryam suka adik-adik dia siap belikan hadiah untuk mereka. Kejap lagi nak pergi jumpa.. Maryam bagus dia pilih hadiah sendiri,” katanya.

@nur.syifa4071

Replying to @suddenlyEma2 chill2 ya, normal kanak2 express their feelings😌 #fyp #viral #tiktok

♬ original sound – NurSyifa ִֶָ. ..𓂃 ࣪ ִֶָ🦋་༘࿐ – NurSyifa ִֶָ. ..𓂃 ࣪ ִֶָ🦋་༘࿐

Dalam siaran langsung sama, anak perempuan sulung Fizo dan Mawar ini mencuri tumpuan selepas mengakui dia tidak menyukai salah seorang adik tirinya.

Namun begitu, Mawar segera mempertahankan dengan mengatakan itu perkara biasa bagi adik-beradik.

“Budak-budak.. biasalah kalau ada ramai adik-beradik mesti gaduh juga. Dia sayang adik-adik dia.

“Cuma, bila datang dari ‘broken family’ budak akan insecure nanti fikir ‘mak atau ayah dah tak sayang ke’,” katanya.

@nur.syifa4071

Budak2 ni jujur tau😌 #maryam #fyp #viral

♬ original sound – nur syifa – NurSyifa ִֶָ. ..𓂃 ࣪ ִֶָ🦋་༘࿐

Sebelum ini, luahan jujur anak sulung kepada pelakon kacak Fizo Omar, iaitu Wan Maryam, kini menjadi bualan hangat netizen selepas video berdurasi pendek itu tular di TikTok.

Menerusi rakaman tersebut, Maryam hasil perkahwinan Fizo bersama bekas isteri, usahawan Mawar Karim dilihat menyuarakan rasa kecewa dan seperti memendam perasaan terhadap layanan bapanya yang kini mempunyai lebih ramai anak.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Daddy Dah Tak Suka Saya…” – Luahan Maryam Anak Fizo Omar Cetus Perbincangan Warganet

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 5 Feb 2020

[VIRAL] Lari Dan Hilangkan Diri, Sajat Tutup Muka Dengan Tudung Sebab Nak Elak Jemaah Malaysia

Mana yang perlu tegur, tegur lah dengan cara paling berhemah

Featured Thu, 7 Nov 2024

Sharnaaz Ahmad Komen Nyanyian Fazura,  Minta Asah ‘Skill’ Nyanyian – “Bila Dia Kena Macam Ni Aku Kesian”

Sebagai anak seni dia juga terkesan dengan kontroversi yang timbul sekaligus menitipkan pesana baut Fazura.

Featured Mon, 20 Apr 2026

“Penuhi Jiwa Dengan Kasih Sayang, Sebab Kita Belum Tahu Takdir Esok” – Fazura

Nur Fazura berkongsi kata-kata positif apabila mengajak orang ramai untuk mengisi jiwa dengan kasih sayang dalam apa juga situasi.

Trending Tue, 28 Aug 2018

Mengaku Kerap Terlanjur, Hukuman Sebat Pasangan Lesbian Tangguh Ke September

Hukuman ke atas pasangan kekasih ‘songsang’ yang dihukum denda RM3,300 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, April lalu ditangguhkan sehingga 3 September ini.
Pendaftar Mahkamah Nurulhuda Abd Rahman berkata hukuman tersebut perlu ditangguhkan kerana sebab-sebab teknikal.
“Beberapa agensi akan terlibat dalam hukuman itu dan ada beberapa masalah teknikal yang masih belum dapat diselesaikan.
“Oleh itu, adalah lebih baik menangguhkan hukuman itu ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian,” katanya.
Dua wanita itu masing-masing berusia 22 dan 32 tahun sepatutnya dihukum enam sebatan pada Selasa.
Mereka telah dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu hukuman dilaksanakan.
Hukuman sebat itu dijangka dilakukan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.
Selain hukuman sebat, mereka turut berdepan hukuman penjara empat bulan jika gagal menjelaskan denda RM3,300 yang ditetapkan.
Terdahulu, pasangan itu mengaku memilih melakukan hubungan kelamin sejenis kerana merasa lebih selamat berbanding melakukan hubungan dengan lelaki, malah mereka turut mengaku sudah kerap ‘terlanjur’.

Hiburan Wed, 1 May 2019

‘Syukur Tak Diberi ‘Nafsu’ Untuk Terus…’- Noh Salleh Mengaku Sudah Cukup!

Kurniaan mencukupi dari segi makan, pakai, sihat dan dapat bernafas sudah cukup…

Trending Tue, 27 Oct 2020

Harga Terbaharu Pelitup Muka Berkuatkuasa Ahad Ini

Tidak ada lagi alasan selepas ini…

error: Content is protected !!