Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari November 18, 2023 @ 6:32pm

“3 Minggu Untuk Pulih” – Kenang Sakit Hukuman Sebat, Bekas Penyampai Radio Yob Aziz Bebas Selepas 5 Tahun Penjara

Bekas penyampai radio Perak FM, Yob Aziz baru sahaja selesai menjalani hukuman penjara selama 5 tahun dan enam kali sebatan pada 4 September lalu atas kesalahan memiliki senjata api.

Memetik laporan mStar, Aziz, 53, menganggap ia sebagai peluang keduanya untuk hidup semula dan menebus masa dengan keluarga.

“Malam sebelum dibebaskan, saya memang tidak boleh tidur. Masa berjalan bagaikan terlalu perlahan dan saya sentiasa meninjau luar menunggu waktu Subuh.

“Selesai solat Subuh terakhir di penjara, saya berdoa agar tidak lagi kembali ke sini (penjara). Namun sekiranya terjadi, saya reda dan bermohon ia untuk menjadikan saya lebih baik.

“Sukar untuk saya gambarkan perasaan ketika melihat isteri dan anak yang menyambut di pintu utama penjara. Air mata saya tidak berhenti menangis. Memeluk mereka adalah satu nikmat yang saya tunggu selama lima tahun,” ujarnya.

Malah, Aziz juga berkongsi pengalamannya berdepan dengan hukuman sebatan yang mana memberi pengajaran buatnya untuk menjadi manusia yang lebih baik.

“Sakitnya kena sebatan itu rasanya tak boleh dibayangkan. Kalau saya boleh gambarkan, seperti lembu yang kena ikat di tiang elektrik, pasti akan naik sampai atas setiap kali kena sebat.

“Saya ambil tempoh tiga minggu untuk pulih semula dari kesan sebatan termasuk bahagian berdarah. Apabila nama kita dah dipanggil untuk hukuman sebat, apa lagi boleh buat? Serah punggung sahajalah.

“Sepanjang dalam penjara juga ia banyak mengajar saya untuk menjadi orang yang lebih baik. Itulah tujuan hukuman penjara supaya banduan tidak lagi kembali melakukan kesalahan lama,” katanya kepada mStar.

Kini, Aziz memulakan semula karier sebagai penyampai radio Cayor FM yang diusahakan bersama rakan baiknya.

Bukan itu sahaja, Aziz juga membuktikan bahawa bekas banduan juga mampu untuk memulakan hidup baharu walaupun sekadar bersiaran di media sosial.

Kata Aziz, bukan mudah untuk seseorang yang berstatus bekas banduan untuk mendapat peluang pekerjaan di mana-mana syarikat.

Untuk makluman, pada 2018, Aziz dijatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun dan enam kali sebatan atas tuduhan memiliki senjata api mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971.

Aziz juga berdepan satu lagi dakwaan di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 kerana memiliki tujuh butir peluru.

Namun begitu, Aziz menjalani hukuman penjara selama lima tahun selepas mengambil kira tempoh cuti umum secara keseluruhan.

Untuk rekod, Aziz berkhidmat bersama Perak FM pada 2007 sehingga dipenjarakan.

Sebelum itu, dia juga pernah pernah bekerja di stesen radio THR pada tahun 2002 hingga 2006.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 17 Aug 2019

‘Tips’ Guna Cerek Hotel Rendam Dan Cuci Seluar Dalam

Jadi bila menginap di hotel kena lebih berhati-hati. Cuci dulu cerek sebelum guna atau jangan gunakan langsung

Hiburan Sat, 16 Nov 2024

“Terima Kasih Vanessa Menyanyikan Lagu ‘Masihkah Ada Rasa Itu’ Secukupnya… Tiada Kurang Atau Berlebihan” – Misha Omar

Misha Omar ucap terima kasih kepada Vanessa bawa lagi Masihkah Ada Rasa Itu di #SFMM39

Hiburan Tue, 17 Dec 2019

Hafrez Adam Explains Why He And Zara Zya Decided To Call It Quit Even Though Only Being Engaged For One Month

Life is made up of many ups and downs, but believe that things will bounce back and be even better than before.

Featured Fri, 24 Oct 2025
Featured Sun, 18 Dec 2022
Hiburan Mon, 26 Jan 2026

“Berhentilah Sebarkan Aib, Dia Budak Yang Baik” – Siti Jamumall Pertahan Mia Sara

Menurut Siti, sepanjang hampir lima tahun saling mengenali, dia menyifatkan Mia sebagai seorang yang baik

Hiburan Tue, 17 Jul 2018

Tawaran Berlakon Dah Tak Macam Dulu, Fauzi Nawawi Buka Hotel Bajet

Memulakan perniagaan bisnes hotel bajet sejak dua bulan lalu, Fauzi Nawawi mencontohi rakan artis lain yang sudah berjaya seperti Datuk Rosyam Nor, Datuk Yusof Haslam dan Fattah Amin yang turut memiliki perniagaan sendiri.

Featured Wed, 6 Sep 2023
Trending Fri, 7 Sep 2018

FB、IG爱PO健身照?研究:代表你心理有问题

运动风气盛行,去健身房锻炼身材,已经成为现代人日常生活一部分,但你有发现吗?有些人就很爱常常上传自己的健身照,从FB、IG等各种社群媒体都不放过,一项研究指出:这样的行为,代表心理有问题!

error: Content is protected !!