Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 15, 2019 @ 1:31pm

Sejak Makan Jamu, Ezlynn Mengaku Jarang Emo?

Di usia 37 tahun, penyanyi Ezlynn mengaku mula menitikberat soal penjagaan kesihatan tubuh.

Atas kesedaran itu, Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin mula serius mengambil makanan tambahan antaranya jamu.

” Dengan jadual saya yang agak padat selepas buat comeback, saya mahu tubuh terus kekal aktif. Lebih-lebih lagi lagu terbaharu saya berjudul Goyang juga berentak laju. Jadi bila di atas pentas, saya perlu hyper bergerak ke sana sini.

” Sejak tujuh bulan lalu, saya mula mengamalkan pengambilan jamu. Saya dapat rasakan badan saya lebih ringan, tidak cepat penat dan paling penting saya kurang moody,” kata Ezlynn ketika ditemui di konsert minggu keenam Bintang Bersama Bintang 2019, malam tadi.

Tambah penyanyi yang kini bernaung dengan syarikat rakaman Warner Music ini dia juga mahu berkongsi cara penjagaan tubuh agar terus aktif dengan mengeluarkan produk jamu Aura Kasih. 

” Pada awalnya, rakan saya datang menyuruh untuk mencuba jamu yang diformula olehnya. Selepas hampir setahun mengambil jamu, saya dapat rasa perubahan.

” Jamu Aura Kasih juga mudah untuk dibawa ke mana-mana kerana ia bukan dipek dalam botol tetapi dalam bentuk sachet.

” Bagi saya, untuk mendapatkan fizikal menawan, kita perlu memperbaiki dalaman dulu. Buat apa kalau wajah cantik tetapi dalaman tidak sihat dan tubuh pun lesu sahaja,” akhirinya.

Dalam perkembangan lain, Ezlynn juga kini rancak mempromosikan single terbaharunya berjudul Goyang. Korang dah layan ke belum? 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 Nov 2024
Featured Wed, 9 Aug 2023
Hiburan Fri, 14 Feb 2025
Hiburan Fri, 31 May 2019

相隔14年再开个唱!大马为刘德华东南亚巡演首站

刘德华「My Love」巡唱9月直卷东南亚!相隔14年再开个唱,马来西亚列巡演首站。

Featured Thu, 20 Oct 2022
Hiburan Thu, 9 Apr 2026

Vicha Saywho Kongsi Keterujaan First Time Naik MRT Selepas 16 Tahun Menetap Di Malaysia.. Tapi Lain Pula Yang Netizen Nampak: “Makin Muda & Cantik!”

Vicha Saywho mencuri perhatian apabila berkongsi pengalaman pertamanya menaiki MRT selepas lebih 16 tahun di negara ini.

error: Content is protected !!