Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 9, 2026 @ 7:37am

Vicha Saywho Kongsi Keterujaan First Time Naik MRT Selepas 16 Tahun Menetap Di Malaysia.. Tapi Lain Pula Yang Netizen Nampak: “Makin Muda & Cantik!”

Pelawak Indonesia yang aktif mencari rezeki di Malaysia, Vicha Saywho mencuri perhatian apabila berkongsi pengalaman pertamanya menaiki MRT selepas lebih 16 tahun di negara ini.

Menerusi hantaran di Threads, Vicha meluahkan rasa teruja apabila akhirnya berpeluang mencuba pengangkutan awam tersebut hasil ajakan anak-anaknya.

“Nampak tak muka kita happy gila dapat naik MRT selama 16 tahun stay di Malaysia, time ni first time naik MRT. Hari tu anak-anak ajak mommy naik MRT pergi TRX and ternyata senang jer ya,” tulisnya.

Dalam perkongsian itu, Vicha turut mengakui sebelum ini dia berasa bimbang untuk menggunakan MRT kerana takut sesat, namun pengalaman pertama tersebut ternyata mudah dan menyenangkan.

“Ingat macam takut sesat nak naik MRT tu hahahaha. Thats why apa-apa tu kita kena try dulu baru tau sebelum menilai sesuatu. So next kita explore lagi ke tempat lain guna MRT juga,” kongsinya.

Namun begitu, perkongsian itu menarik perhatian netizen yang terpesona dengan penampilan terbaharu Vicha yang kelihatan semakin muda.

Antara komen yang ditinggalkan termasuk, “makin cantik” dan “nampak makin muda..” selain ada yang turut menyedari perubahan fizikalnya.

Malah, seorang pengguna turut berseloroh mengenai penurunan berat badan Vicha dengan komen, “dia pun dah kurus weh, aku ni bila?”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 30 Nov 2018

吴可熙《灼人秘密》升格编剧!宋芸桦、夏于乔首度同台飙戏

久违两年未有新作品的导演赵德胤,日前推出电影《灼人秘密》并找来「零血缘双胞胎」宋芸桦和夏于乔,首度合作引发影迷热烈关注。

Trending Wed, 15 Nov 2017

懒惰运动又想要瘦?教你一招坐着就能燃烧脂肪的方法!

一直觉得自己肥胖,不过又懒惰运动的你,就让小编介绍你新妙招,那就是……

Featured Mon, 19 Nov 2018
Hiburan Fri, 9 Aug 2019

林德荣拍拳击戏直呼没减重压力!唯对尹汇雰一见钟情剧情:“要加价!”

林德荣主演的喜剧电影《作战啦!茶室总动员》拍拳击戏没有减重压力,且导演更是希望他可以增重;唯戏中他要对尹汇雰一见钟情,甚至还要成为夫妻却相当不满,直呼:“因为这一段我要求加价,片酬不高不可以!”

Events Wed, 5 Sep 2018

Ramli Sarip Tak Kesah Nyanyi Dengan BBNU

Beliau amat memilih lagu apa yang sesuai untuk dibawakan olehnya sebelum menerima tawaran

Featured Tue, 11 Jan 2022

Drama ‘The Silent Sea’ Dapat Rating 100%

Sebuah drama Korea terbaru di Netflix berjudul The Silent Sea mungkin akan menjadi drama paling hebat di dalam aplikasi perkhidmatan penstriman itu apabila drama itu memenangi hati para pengkritik. Baru sahaja ditayangkan di Netflix selama […]

Hiburan Tue, 7 Jan 2020

Ain Edruce Tidak Percaya Ramai Senasib Apabila Pertaruhkan ‘Overthink’

Memang perempuan je ke yang selalu ‘overthink’???

error: Content is protected !!