Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 2, 2025 @ 3:52pm

“Saya Pun Tak Ada Kekuatan Macam Dia” – Terima Voice Note Sebelum Dipintas Isr**l, Yusuf Bahrin Sifatkan Zizi Kirana Wanita Berani

‘Saya rasa dia kuat dan tahu dia boleh hadapi situasi ini’, demikian luahan suami kepada penyanyi, Zizi Kirana yang juga pelakon Yusuf Bahrin ketika diminta mengulas kali terkahir dia berhubung dengan isteri tercinta.

Kata Yusuf ketika ditemu bual oleh sebuah stesen radio yang dihoskan oleh Fad Bocey dan Ajak Shiro, dia memaklumkan, pada mulanya dia dan Zizi membuat panggilan video dan pada ketika itu isterinya sedang bersiap-siap untuk mengambil alih tugas ‘night watch’.

Bagaimanapun, usai panggilan telefon dibuat, Yusuf sekali lagi menerima pesanan suara (voice note) daripada Zizi memaklumkan bahawa kapal yang dinaikinya iaitu Huga telahpun dipintas pihak Isr**.

Tambahnya, selain berkongsi laporan tersebut, Zizi juga sempat memohon maaf kepadanya.

“Kali terkahir berhubung adalah pada pukul 1.42 pagi (waktu Malaysia). Masa tu kami video call dan masa tu dia tengah bersiap-siap untuk night watch. Sambil berborak dan tengok juga team dia semua tengah prepared.

“Bila dah habis video call, saya pun packing macam biasa sebab keesokan hari saya nak shooting. Tiba-tiba masa tu ada voice note masuk. Dia kata dia minta maaf, dia kata kapal Isr** dah kepung kapal Huga.

“Tapi itulah,, dia tak ada takut siap gelak dan happy.

Mengulas lanjut, Yusuf mengakui, Zizi memaklumkan mengenai misi ini seminggu sebelum delegasi Malaysia mahu memulakan perjalanan.

“Masa mula-mula tu saya tak tahu tapi bila dah seminggu tu baru dia bagitahu. “Mungkin dia tak nak saya risau ke apa. Dan ini adalah misi Zizi yang ketiga.

Jelasnya, semenjak mengetahui tentang situasi yang berlaku, Yusuf yakin  isterinya itu kuat dan mampu berdepan situasi mencabar.

Bahkan, dia juga mendoakan agar  segalanya dipermudahkan dan berharap tidak ada perkara buruk berlaku.

“Saya rasa dia kuat dan boeh hadap situasi ni. Saya pun tak ada kekuatan macam dia.

“Iyalah, walaupun kita lelaki, tapi wanita ni bila dia kuat mereka akan lebih kuat berganda dari lelaki.

“Dan saya percaya, mereka semua okay kerana mereka semua dah well train. Cuma saya harap tidak ada apa yang berbahaya menimpa mereka. Sebab penceroboh ni bukan boleh jangka.

“Apapun kita serahkan segalanya kepada Allah SWT,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Aug 2019
Featured Wed, 20 Nov 2019

Bandar raya lestari inspirasi koleksi terbaharu Uniqlo Malaysia

Penuhi keperluan jangka masa panjang pengguna

Trending Tue, 26 Apr 2022

Tol Percuma, Diskaun Pergi dan Balik Sempena Sambutan Aidilfitri

Berita baik! Tol percuma dan diskaun tol 30 dan 50 peratus dapat meringan beban rakyat untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya.

FESYEN Sat, 6 Jul 2019

dUCk Limited Edition Scarves Retail At RM 2,500, Sold Out Within Its Launch!

Woah! RM 2500 limited edition Swarovski scarves sold out in 4 colors after its just launch..

Hiburan Sat, 24 Aug 2019

Juliana Evans Ada Buah Hati Baharu?

Tambah ibu kepada Tengku Kamiliah Zahariah Josephine Ehsan Shah ini, aksesori keluarannya dijual pada harga mampu milik.

Hiburan Tue, 10 Jul 2018

金厉旭退伍帅气回归 SuperJunior成员现身迎接

SuperJunior成员金厉旭结束21个月的兵役生活正式退伍!

error: Content is protected !!