Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd November 8, 2020 @ 2:27pm

Vokal Mania: 4 Idol Menang Lagi, Ini Senarai Penuh Ranking Episod 3!


Konsert ketiga Vokal Mania telah berlangsung dengan meriah pada malam tadi.

Ia menyaksikan persembahan mantap dari empat idol iaitu Aina Abdul, Indah Ruhaila, Tomok dan Lan Solo bersama empat orang rookie, Qiem Churros, Nursyafiq Naser, Aufahanie dan Hakeem Zamall. 

Menyaksikan dua persembahan iaitu solo dan battle, idol dan rookie masing-masing tampil dengan kehebatan tersendiri.

IDOL 4- ROOKIE 0

Program yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Azira Shafinaz itu dimulakan dengan persembahan daripada rookie, Nursyafiq Naser.

Syafiq berjaya membuat persembahan yang baik namun tuah tidak menyebelahi dirinya dalam pusingan battle bersama Tomok. 

Manakala, bagi persembahan kedua oleh idol iaitu Indah Ruhaila, dia berjaya mencuri hati juri sekaligus memenangi pusingan battle bersama rookie, Aufahanie.

Persembahan seterusnya menyaksikan idol Aina Abdul tampil memukau dengan lagu Jeritan Batinku sekaligus menewaskan rookie, Hakeem Zamall di pusingan battle.

Persembahan terakhir adalah persembahan Qiem Churros dengan lagu Lebih Sempurna. 

Walaupun tewas di pusingan battle bersama Lan Solo, namun persembahan beliau berjaya melayakkannya menyandang gelaran Rookie Star Award.

Peratusan undian Rookie Star Award adalah berdasarkan 70 peratus daripada undian awam, dan 30 peratus daripada penilaian juri tetap.

Berikut merupakan kedudukan idol dan rookie berdasarkan format pemarkahan oleh juri profesional, Misha Omar bersama Yusry Abdul Halim dan undian online beserta komen:

KEDUDUKAN IDOL

#1 Aina Abdul

Solo: Jeritan Batinku

Battle vs Hakeem Zamall: If I Ain’t Got You

Yusry: That was by far the best performance. Masing-masing  bagi semangat. Bear in mind, ni bukan rehearsal. Sangat serasi. Sangat best. 

#2 Lan Solo

Solo: Fanatik

Battle vs Qiem Churros: Lagu Untukmu

Misha: Lan keluar dari kepompong rock. Ada elemen rock cuma nak rap bukan senang. Perlukan energy cukup. Cuma idol kan so dia pandailah cover yang tadi tu. 

#3 Tomok

Solo: Bangun

Battle vs Nursyafiq Naser : Kopi Dangdut
Yusry: Projection Tomok lebih kuat. So saya boleh dengar setiap baris kata. 

#4 Indah Ruhaila

Solo: Percayalah

Battle vs Aufahanie : Semua Jadi Satu
Misha: Be careful dalam memilih lagu untuk minggu depan. Tak ada x-factor.

KEDUDUKAN ROOKIE

#1 Qiem Churros

Solo: Lebih Sempurna

Battle vs Lan Solo : Lagu Untukmu

Misha: Ada chemistry. Cara nyanyian berbeza antara satu sama lain tetapi bagus. Macam Qiem, kalau saya ada protege saya nak kerja dengan awak. Saya rasa awak ada talent yang besar. 

#2 Aufahanie

Solo: Gundah

Battle vs Indah Ruhaila: Semua Jadi Satu

Misha: Aufa, masih hijau. Baru 17 tahun. So kerja dengan idol jadikan dia semangat untuk cari mmpi kalau nak jadi penyanyi yang disegani.


#3 Nursyafiq Naser

Solo: Nirmala

Battle vs Tomok: Kopi Dangdut

Yusry: Mungkin ni bukan genre awak. Idol nampak lagi bersedia.

#4 Hakiem Zamall 

Solo: Kaulah Segalanya

Battle vs Aina Abdul: If I Ain’t Got You

Misha: Persembahan menghiburkan. Sangat gell well together. Suka spirit rookie. As a rookie. You sangat berani. Kalau saya duet dengan Aina, mungkin saya kena solat hajat dulu. Well, you’re something.

Jadi, jangan lupa undi peserta kegemaran korang di www.xtra.com.my/vokalmania dan saksikan Vokal Mania episod keempat minggu hadapan, pada Sabtu, pukul 9 malam, di TV3!

Vokal Mania ini juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3 Malaysia dan tonton.com.my ATAU menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my/livetv dan layari www.xtra.com.my dan laman media sosial TV3 Malaysia untuk info lanjut.

Rancakkan perbualan di media sosial dengan menggunakan tanda pagar #vokalmania.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 29 Dec 2022

[VIDEO] Netizen Terhibur Ustaz Azhar Idrus Ajar Seorang Wanita Cara Nak ‘Wefie’

Memang kelako ustaz ni.. Dengar cerita dulu UAI photographer yeke?

Trending Mon, 23 Jul 2018

Saya Tak Mahu Jadi ‘Kambing Hitam’, Selamat Tinggal Jerman!

Dalam masa sama, Ozil mendakwa beliau dilayan secara tidak adil apabila dikatakan menjadi punca kegagalan Jerman di pusingan pertama pada Piala Dunia.

Featured Mon, 18 May 2026

“Tiada Keistimewaan, Kami Dilayan Sama Rata” – Aisha Retno Nafi Guna ‘Cable’ Dalam Pemilihan Puteri Gunung Ledang 

Aisha Retno menolak dakwaan kononnya pemilihannya bersama pelakon, Mila Mohsin dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang  (PGL) adalah disebabkan hubungan istimewa atau penggunaan ‘cable’.

Featured Mon, 19 Aug 2024

“Saya Bersyukur Kalau Berita Cerai Itu Benar”- Patimah Ismail 

Allahu, begitu respons yang diberikan Datin Patimah Ismail terhadap isu cerai anaknya👀💥

Events Fri, 12 Sep 2025
Trending Mon, 2 Apr 2018

Kim Jong Un Adjusts Schedule Just to Watch Red Velvet Perform Live

Kim Jong Un seems to be a fan of Red Velvet.

Featured Wed, 22 Feb 2023
Trending Sun, 19 Aug 2018

Tinggal Nota Sebelum Bunuh Diri

Bapa Tinggal Nota Bunuh Diri Minta Anak-Anak Ambilkan Mayatnya

Featured Wed, 1 Mar 2023
error: Content is protected !!