Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin September 12, 2025 @ 11:30am

Pengurus Dedah Fattah Amin & Amira Othman Tak Lalui Proses Pertunangan.. Pilih Bercinta Lepas Nikah

“Mereka berdua melihat tujuan yang kehadapan”, demikian respons pengurus kepada pelakon popular, Fattah Amin iaitu Sakirin Aca mengenai hubungan cinta aktor itu bersama penyanyi dan pelakon, Amira Othman.

Kata Sakirin Aca atau lebih mesra disapa Aca, kedua-dua pasangan tersebut tidak melalui fasa pertunangan seperti pasangan lain sebaliknya memilih untuk memupuk perasaan cinta selepas mendirikan rumah tangga.

“Sebenarnay mereka tak ada majlis pertunagan ke apa… apa yang boleh saya cakap, mereka ni nak kata bercinta tak ada sangat.

“Mungkin Fattah dan Mira ni seorang yang sangat matang jadi mereka melihat kepada ara tuju kehadapan.

“Saya banyak kali tanya dekat Fattah, ‘Rasa bercinta kali ni macam mana? Tapi dia kata, dia memilih untuk bercinat selepas kahwin.

“Saya sebenarnya dah lama bersama Fattah dah macam adik. Dia dah melalui fasa-fasa terendah tapi dia selalu cakap, ‘Aca siapa yang hadir daam hidup kita ni bukanlah satu bala melainkan satu pengajaran untuk kita belajar menjadi yang lebih baik’,” ulasnya.

Hadiah Amira Buat Fattah Amin

Mengulas lanjut, Aca berkongsi tarikh perkahwinan mereka yang diadakan pada 14 September ini yang juga merupakan hari ulang tahun kelahiran Fattah dipilih sendiri oleh Amira atau nama penuhnya Nadia Amira Othman, 31, sebagai simbolik hadiah istimewa buat bakal suaminya itu.

“14 September adalah hari lahir Fattah. Sebenarnya, Amira yang memilih tarikh itu sebagai hadiah darinya,” kongsinya.tv3

 

Terdahulu, pelakon kacak Fattah Amin mencuri perhatian apabila membuat kejutan istimewa di majlis pelancaran single terbaru Amira Othman bersama adiknya, Irfan Haris, berjudul Rasa & Takdir.

Menerusi acara itu, Fattah akhirnya mendedahkan mengenai status hubungan mereka berdua sekali gus berkongsi tarikh perkahwinannya.

Menariknya, Unifi TV bakal menayangkan secara eksklusif majlis ijab kabul pasangan sensasi ini secara langsung pada 14 September, jam 8 malam, menerusi aplikasi Unifi TV 2.0 di Saluran Inspirasi (118).

Terdahulu, desas desus mengenai spekulasi yang mengatakan Fattah bakal menamatkan zaman solonya dalam masa terdekat tular di media sosial sekali gus menyorot perhatian ramai pihak.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Mar 2023

Anwar Lantik Johari Ghani Ketuai Pasukan Bertindak 1MDB

Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengetuai pasukan petugas khas untuk menyelesaikan skandal 1MDB.

Contest Sat, 26 Oct 2019

用「XTRA优惠码」以更低价格购买BTS限量版礼盒!

一扣再扣!只要用「XTRA优惠码」就能以更低价格,在Superdeals购买到BTS限量版礼盒!

Hiburan Tue, 5 Sep 2023
Hiburan Tue, 27 Nov 2018

Bosan ‘Diserang’ Netizen, Ayu Ting Ting Minta Carikan Suami

Semoga Ayu segera bertemu jodoh. Manalah tahu, jodoh Ayu mungkin orang Malaysia? Eh!

Hiburan Sat, 5 Oct 2024
Selebriti Mon, 9 May 2022

Andi Bernadee Kini Lebih Selektif

Kerjaya Andi Bernadee Makin Kukuh

Featured Mon, 16 Jul 2018

Tragedi Telur Kari, Isteri Mati Ditembak Suami

Gara-gara enggan memasak kari telur seperti yang diminta oleh suami, seorang wanita mati ditembak.

Featured Fri, 22 Jul 2022
Hiburan Thu, 10 Jan 2019

金钟国及哈哈3月2日来马开演唱会

金钟国及哈哈将于3月2日来马,展开两人的首场大马演唱会!

error: Content is protected !!