Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir April 26, 2022 @ 2:15pm

Tol Percuma, Diskaun Pergi dan Balik Sempena Sambutan Aidilfitri

Kerajaan bersetuju untuk memberi tol percuma dan diskaun tol kepada Keluarga Malaysia yang akan pulang ke kampung untuk menyambut hari raya hujung bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pemberian tol percuma itu melibatkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menghubungkan jaringan Lebuhraya Utara – Selatan.

Selain itu, tawaran tersebut turut melibatkan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dengan sembilan jaringan lebuh raya akan terlibat dalam inisiatif itu.

Tawaran tol percuma itu diberikan kepada semua kelas kenderaan dan akan bermula pada pukul 12 tengah malam, 30 April (Sabtu) sehingga 11.59 malam, 1 Mei (Ahad).

“Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, pemberian tol percuma di Lebuhraya Utara – Selatan dan LPT juga akan diberikan juga untuk pulang semula ke kediaman masing-masing.

“Ia bermula pada jam 12 tengah malam pada 7 Mei 2022 (Sabtu) hingga jam 11.59 malam pada 8 Mei 2022 (Ahad) kepada semua kelas kenderaan.

“Sementara itu, tawaran diskaun tol antara 30 peratus dan 50 peratus akan diberikan kepada lebuh raya lain pada tarikh dan masa yang sama kepada semua kelas kenderaan,” kata Perdana Menteri dalam kenyataan dikeluarkan semalam.

Menurut Ismail Sabri, keputusan dibuat selepas sesi rundingan bersama 30 syarikat konsesi lebuh raya.

“Secara keseluruhan, tol percuma dan diskaun ini melibatkan 30 lebuhraya di seluruh negara dengan jumlah diskaun dinikmati oleh pengguna sebanyak RM77.11 juta.

“Jumlah manfaat ini akan ditanggung bersama oleh kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi,” katanya.

Tambahnya lagi, inisiatif ini diambil bagi mengurangkan bebanan pengguna lebuh raya terutamanya golongan berpendapatan rendah dimana impak pandemik menjejaskan sumber pendapatan sebahagian besar Keluarga Malaysia.

Berikut adalah senarai lebuh raya yang menawarkan tol percuma:

1. Lebuhraya Utara Selatan (Plus)

2. Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)

3. Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH)

4. Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)

5. Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA)

6. Jambatan Pulau Pinang (JPP)

7. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1

8. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2

9. Lebuhraya KL – Karak (KLK)

Berikut adalah senarai yang menawarkan diskaun 30 dan 50 peratus:

10. Lebuhraya Shah Alam (KESAS)

11. Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP)

12. Lebuhraya Cheras – Kajang (GRANDSAGA)

13. Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)

14. Lebuhraya Baru Pantai (NPE)

15. Lebuhraya Bertingkat Ampang – KL (AKLEH)

16. Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX)

17. Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE)

Sumber: Astro Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 18 Apr 2026

Shila Amzah Tak Kecil Hati Lebih Diterima Peminat Di China Berbanding Malaysia – “Saya Baik-Baik Sahaja”

Shila Amzah bersyukur apabila menerima sambutan luar biasa daripada peminat di China menerusi siri jelajah konsertnya di negara itu.

Featured Tue, 12 Apr 2022

Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton Dan George Russell Di Malaysia!

Lewis Hamilton dan George Russell di Malaysia!

Trending Wed, 20 Apr 2022

Lakukan Amang Seksual Fizikal Ke Anak Rakan, Penceramah Bebas Ditahan

Penceramah bebas melakukan amang seksual fizikal ke anak rakannya ditahan.

Hiburan Sat, 15 Dec 2018

Sering Mengembara Sendiri, Abil Kongsi Tips Peribadi

Kalau sekali dua boleh layan, tetapi berkali-kali. Nipis duit saya dibuatnya. Wah… kenapa tu Abil?

Featured Sun, 17 Oct 2021

Didakwa Memiliki Tatu Dibahagian Dada, Baby Shima Dikecam Netizen

Pernah dikaitkan dengan isu berpakaian seksi, kini penyanyi Baby Shima sekali lagi mengundang kecaman netizen kerana didakwa bertatu. Ia adalah selepas bintang kelahiran Malaysia yang kini mencipta nama di negara seberang itu memuat naik videonya […]

Trending Sun, 3 Nov 2019
Trending Thu, 1 Mar 2018

Traditional Chinese Cough Medicine Becomes Top Seller in New York

Ang mohs seem to be obsessing over Asian things lately and the price for one bottle of this cough medicine is way too expensive!

error: Content is protected !!