Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 19, 2021 @ 1:28pm

YouTube Bersama MyGameOn & IGN Southeast Bakal Bawakan Pesta Game – Hari Sukan Maya Pertama Malaysia!

2020 merupakan tahun penuh pencapaian buat permainan video di YouTube dengan lebih 100 bilion jam waktu tontonan yang telah dicatat merentasi lebih dari 40 juta saluran permainan video di seluruh dunia.

Permainan video merupakan salah satu cara kita berhubung antara satu sama lain dalam masa kesukaran yang dilalui.

Tatkala rakyat Malaysia memulakan perintah kawalan pergerakan kedua, mungkin apa yang kita perlukan adalah lebih banyak permainan video, sama ada untuk berhibur ataupun perkembangan ekonomi.

Terkini YouTube bersama-sama MyGameOn dan IGN Southeast Asia selaku rakan acara mengumumkan Pesta Game – Hari Sukan maya pertama Malaysia, yang dikuasakan oleh Samsung Galaxy A51 | A71 dan dipacu oleh KFC.

Pesta Game akan mengikuti para peserta yang mewakili rumah sukan masing-masing bertanding merentasi beberapa permainan video kegemaran Malaysia.

Acara tersebut turut merupakan acara pertama dari siri YouTube Super Stream bagi tahu 2021, sebahagian dari usaha berterusan YouTube untuk menawarkan kandungan hiburan tempatan yang asli bagi rakyat Malaysia yang menjalani kehidupan seharian di rumah.

Pesta Game akan distrim secara langsung dan serentak (satu lagi detik pertama!) dalam Bahasa Malaysia merentasi beberapa saluran YouTube terbesar Malaysia, dari saluran-saluran Media Prima seperti Drama Sangat, NTV7, TV3 dan TV9, sehingga ke saluran-saluran para pencipta kandungan yang akan bertanding seperti Athisha Khan, Dumpling Soda, Fuzz Channel, Isaac Osman, Syedot ASMR, dan Wiser MY.

Ia bukan sahaja terhad kepada menonton, para penonton juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik sepanjang strim langsung tersebut, ataupun menyertai pencipta kegemaran mereka dalam permainan!

Menurut Ketua YouTube Malaysia, Ben Jern, permainan video sememangnya sebahagian besar komuniti YouTube tempatan.

“Pesta Game membolehkan kita untuk bersama secara selamat dari keselesaan rumah masing-masing dan menghiburkan diri menerusi strim-strim langsung permainan video oleh para pencipta kandungan kegemaran Malaysia di YouTube merentasi peranti mudah alih, komputer dan juga TV terhubung.

“Kami berasa teruja untuk menjadi sebahagian daripada sebuah acara yang meraikan bakat-bakat e-sukan yang dimiliki Malaysia, sambil menyokong kepentingan permainan video sebagai sebuah sukan,” katanya.

Di antara aksi, keseronokan dan kerja berpasukan – terdapat banyak yang boleh dinantikan – di hari sukan maya pertama terbabit dan juga sepanjang 2021.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 15 Apr 2026
Hiburan Wed, 15 Oct 2025

“Gajet Jadi Punca Remaja Hilang Arah, Terdedah Budaya Negatif” – Azhar Sulaiman

Azhar menyifatkan desakan agar Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, meletakkan jawatan tidak wajar

Hiburan Fri, 3 Oct 2025

Greta Thunberg, Haroqs Beri Inspirasi, Ramai Generasi Muda Mula Daftar Diri Jadi Sukarelawan Sumud Flotilla

Ramai generasi muda mula mendaftarkan diri menjadi sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF)

Featured Sat, 26 Nov 2022

Gara-Gara Solekan ‘Tebal’, Aksi Eyra Hazali & Suami Undang Tawa

Kecantikan pelakon Eyra Hazali atau nama sebenarnya, Hazirah Qasdina Hazali, 23, tak dapat dinafikan orang ramai. @yanasszz._ Hahah eyra🤣 #eyrahazali #haziqnadzli #hayderqhalish #endrahaqimie #familyhaziqnadzli ♬ original sound – ✨ Terkini, sebuah video berdurasi 20 saat […]

Featured Thu, 17 Nov 2022

Tempuh Penerbangan Berbelas Jam, Nazeera Sardi Hiking Dengan Dress Untuk…

Pelakon Nazeera Sardi berkongsi momen percutiannya di Turkiye. @nazeerasardi10 Berbelas jam fly ✈️ untuk sampai ke sini, hiking dengan dress seawal 6 pagi untuk sampai atas ni dengan kesejukan 9-11c. Tapi, rasa berbaloi dapat tengok […]

Featured Wed, 18 Sep 2024

Fazura Mohon Dilepaskan Cara Baik, Tarikh Sebutan Kes Masih Belum Ditetapkan

Apapun, moga yang terbaik buat keduanya👀❤️

Featured Fri, 9 Sep 2022
error: Content is protected !!