Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 15, 2025 @ 12:41pm

“Gajet Jadi Punca Remaja Hilang Arah, Terdedah Budaya Negatif” – Azhar Sulaiman

Pelakon, Azhar Sulaiman tampil memberi pandangan berhubung insiden tragis membabitkan seorang pelajar perempuan maut dipercayai ditikam rakan sekolah lelaki berusia 14 tahun baru-baru ini.

Menurut Azhar, kejadian itu bukan semata-mata berpunca daripada kelemahan sistem pendidikan, sebaliknya akibat pengaruh gajet dan kecanggihan teknologi yang kini menjadi ‘racun halus’ dalam kehidupan generasi muda.

Menerusi hantaran di Facebook, Azhar menegaskan, akses tanpa kawalan terhadap internet dan media sosial mendorong remaja mudah terdedah kepada budaya songsang serta kandungan tidak bermoral.

“Macam-macam masalah berlaku di sekolah, tapi saya rasa tak patut salahkan Menteri Pendidikan, pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri.

“Semua dah buat yang terbaik. Masalah sebenar ialah gajet, budak-budak terdedah kepada budaya tak elok,” katanya.

Aktor drama rantaian Budak Tebing 3 itu menambah, pendedahan awal terhadap bahan lucah dan kandungan berbahaya memberi kesan besar terhadap emosi dan pemikiran anak muda.

“Kalau mereka guna telefon yang tak canggih, mereka takkan boleh akses bahan sebegitu. Budak-budak sekarang terlalu bijak, tapi itulah bahayanya kalau tiada kawalan,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, Azhar menyifatkan desakan agar Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, meletakkan jawatan susulan tragedi itu sebagai tidak wajar dan tidak berasas.

“Isu ini tak patut dijadikan alasan untuk menyalahkan pihak atasan. Kita kena tengok akar masalah sebenar iaitu ketagihan terhadap gajet dan pengaruh dunia digital,” tegasnya.

Difahamkan, dalam kejadian berkenaan, suspek lelaki tingkatan dua membawa sebilah pisau sebelum menyerang mangsa berusia 16 tahun.

Polis kini menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian bagi mengenal pasti motif sebenar insiden tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 4 Nov 2025

Suprise Istimewa! Isteri Hadiah Motor Idaman Buat Achey

Kejutan itu dirancang oleh isteri tercinta dengan bantuan rakan-rakan serta ahli keluarga terdekat.

Trending Fri, 21 Oct 2022

Eleh He Eleh! Rupanya Lagu Viral Nyanyian Timah Ini Ciptaan Faizal Tahir

Lagu Eleh He Eleh nyanyian bintang cilik, Fatimah Noryyah Mohd. Noor Kosygin atau lebih mesra dengan sapaan Timah menjadi perbualan semenjak minggu lalu. Persembahan Timah yang menyampaikan lagu terbabit di sebuah program televisyen menjadi perbualan […]

Featured Wed, 30 Apr 2025

Amerul Affendi Teruja Beraksi Dalam 6 Jilake – “Impian Jadi Nyata Bekerja Dengan Aziz M. Osman & Saiful Apek”

Wah, Amerul Affendi kini membuat kejutan dengan filem aksi komedi, 6 Jilake.

Hiburan Mon, 22 Jan 2018

ACTOR JEON TAE SOO PASSES AWAY DUE TO DEPRESSION

Ha Ji Won’s younger brother, Jeon Tae Soo passes away after long battle with depression. Click in to view for more information.

Hiburan Wed, 2 Aug 2023

Anak-Anak Sumber Kekuatan, Almy Nadia Harap Karya Sulung Fizz Fairuz Dapat Sambutan – “Saya Tahu Segala Peritnya”

Alhamdulillah, min suka tengok relationship Datin Almy dengan Datuk Fizz 🥰

Featured Tue, 26 Apr 2022
Trending Sat, 27 Jan 2018

Maut Jatuh Dari Zipline Dan Mayatnya Dibuang

Pelancong Maut Jatuh Dari Zipline Dan Mayatnya Dibuang Ke Dalam Sungai Oleh Pengusaha Sukan Lasak Itu

error: Content is protected !!