Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 23, 2026 @ 8:09pm

Selepas Pembedahan Bariatrik, Noraniza Idris Ubah Gaya Hidup… Syukur Keadaan Vokal Semakin Baik

Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris tampil berkongsi perkembangan terkini mengenai tahap kesihatannya selepas menjalani pembedahan bariatrik baru-baru ini.

Penyanyi yang mesra disapa Kak Ani itu memaklumkan dia kini berada di hari ke-10 proses pemulihan dan mengakui tubuhnya terasa jauh lebih sihat walaupun masih dalam tempoh berpantang makan serta hanya bergantung kepada susu.

Menurut Noraniza, keputusan menjalani pembedahan tersebut bukan dibuat demi mengejar penampilan semata-mata, sebaliknya demi kesihatan dan usaha memperbaiki gaya hidupnya.

“Saya buat bariatric ini bukan sebab nak cepat kurus atau mahu cantik semata-mata. Saya lakukan demi kesihatan dan untuk mendisiplinkan diri supaya lebih menjaga pemakanan, rehat serta rutin harian,” katanya.

Pelantun lagu Dikir Puteri ini turut mengakui sebelum ini dirinya terlalu sibuk sehingga sering mengabaikan waktu makan dan rehat terutama ketika menyiapkan pelbagai kertas kerja berkaitan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Saya memang jenis yang boleh duduk bekerja dari pagi sampai ke pagi tanpa henti kalau sesuatu kerja belum siap. Disebabkan itu, makan pun tak ikut waktu dan tidur pun tak cukup.

“Sebenarnya tabiat macam ini memang tak baik dan saya sendiri nak pesan kepada semua supaya jangan amalkan gaya hidup seperti itu,” katanya lagi.

Kini, Noraniza mula memaksa dirinya untuk mengubah rutin harian termasuk tidur lebih awal dan memastikan mendapat rehat secukupnya setiap hari.

Menurutnya, paling lewat dia akan berhenti bekerja sekitar jam 12.30 malam dan cuba mendapatkan tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari.

Dalam masa sama, Noraniza turut berkongsi dia sempat membuat persembahan di Citrawarna Perlis pada hari kelapan selepas menjalani pembedahan meskipun doktor sebelum itu tidak begitu menggalakkan kerana tempoh pemulihan memerlukan rehat mencukupi sekurang-kurangnya selama 14 hari.

Bagaimanapun, Noraniza mengakui terkejut apabila merasakan perubahan positif terhadap vokalnya selepas menjalani pembedahan tersebut.

“Hampir enam tahun saya terpaksa buat warm-up lama sebelum dapat keluarkan vokal dengan selesa sampai kadang-kadang saya sendiri rasa malas nak ambil persembahan.

“Tapi selepas surgery ini, saya rasa lebih selesa menyanyi dan vokal pun semakin baik. Saya mula yakin semula dengan suara saya,” katanya.

Tambah Noraniza, dia kini mahu kembali memberi perhatian serius terhadap kerjaya nyanyiannya yang sebelum ini agak terabai kerana terlalu fokus terhadap kerja kebajikan dan program komuniti.

“Insya-Allah selepas ini saya akan kembali aktif dengan single baharu selain beberapa perancangan program budaya zapin bersama generasi pelapis menerusi Roots Of Zafana 2026 atau Akar Kita Zapin,” katanya.

Pada masa sama, Noraniza turut merakamkan penghargaan kepada Dr Ghafur serta seluruh kakitangan Qurus Klinik di KMC Medical Centre yang banyak memberi sokongan dan penjagaan sepanjang proses rawatan.

Menurutnya lagi, bariatrik bukan sekadar berkaitan penampilan tetapi usaha memperbaiki tahap kesihatan serta kualiti hidup secara keseluruhan.

“Ini sebenarnya permulaan untuk saya menjaga kesihatan dan mengubah cara hidup.

“Keputusan untuk buat surgery ini pun bukan dibuat dalam sehari. Hampir dua hingga tiga bulan saya fikir, beristighfar dan buat istikharah sebelum akhirnya membuat keputusan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 23 Apr 2024

Ketepikan Rasa Takut, Diana Danielle Mahu Sebar Kesedaran Tentang Kesihatan Mental Di Media Sosial

Min yakin, ramai yang suka content yang membuka minda macam ni.

Featured Wed, 31 May 2023
Featured Wed, 6 Jul 2022
Hiburan Tue, 26 Mar 2019

Justin Bieber Umum Mahu Rehat Dari Karier Tapi…

Mungkin dah terlalu penat, Bieber perlukan masa untuk buat comeback. Yang pasti, ramai yang tertunggu-tunggi lagu baharu Bieber.

Hiburan Sat, 19 Oct 2019

古天乐对她17年如一日!宣萱:很开心走在一起

网民积极撮合,48岁古天乐坦承对宣萱17年情未变? !

Hiburan Tue, 7 Oct 2025
Hiburan Sun, 19 Aug 2018

Fouziah Gous Sedia Bantu Suami

Tidak mengharapkan sang suami sahaja mencari rezeki, si isteri turut membantu….

error: Content is protected !!