Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi April 19, 2023 @ 3:00pm

Betty Banafe Terkejut Blogger Lapor Berita Palsu Dirinya Meninggal Dunia – “Tutup Mata & Telinga Segala Fitnah Manusia…”

Pelakon Betty Banafe dikejutkan dengan berita palsu mengenai khabar bahawa dia sudah meninggal dunia seperti yang dilaporkan sebuah blogger, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Betty atau nama sebenar, Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe, memuat naik tangkap layar sebuah berita yang menyatakan dia telah meninggal dunia.

Bagaimanapun, Betty mengeashkan berita tersebut adalah palsu dan memaklumkan dia kini dalam keadaan sihat disamping keluarga.

“Innalillahiwainnailaihirajiun, moga berita yang berbelit ini berhenti tersebar.

“Alhamdulillah saya masih hidup dan sihat bersama anakanda dan keluarga tersayang.

“Perjuangan justiceforbella #justiceforjohnnydepp #justiceforbanafee masih terus membara di hati, Insya-Allah,” tulis Betty dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Betty menghargai warganet dan sahabat dalam memaklumkan berita palsu tersebut kepadanya.

“Terima kasih kepada netizen, sahabat yang tak henti-henti memberitahu tentang berita ini.

“Sempoi…tutup mata, tutup telinga untuk segala fitnah manusia dan dajjal ya, hidup positif jiwa tenang,” tutupnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan warganet mengakui terkejut dengan berita palsu tersebut dan mendoakan kesejahteraan Betty.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 22 Mar 2018

SM Faisal Nasimuddin Dan Puteri Aisyah Intim?

Menerusi muat naik tersebut, kelihatan SM Faisal dan Puteri Aisyah memuat naik gambar dan video mereka keluar menonton wayang bersama. Sweet kan?

Featured Mon, 22 May 2023
Trending Tue, 15 Jun 2021

Bunga Citra Lestari Dijangkiti Covid-19 Selepas Balik Bercuti

Penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari dijangkiti virus Covid-19 selepas pulang dari percutian. Menerusi hantaran yang dikongsi oleh Bunga di laman Instagram miliknya, pelantun lagu Cinta Sejati itu sedang menjalani isolasi kendiri selepas […]

Events Tue, 23 Apr 2019
Hiburan Fri, 3 Aug 2018

Wow! Ada Yang Tonton Filem Pulang Berkali-Kali?

Saya terkejut apabila filem ini, orang bagi sembilan… Hingga ada yang beri 12/10. Ada yang tonton lima kali…. Saya sangat gembira dan berharap filem ini jadi penanda aras untuk karya tempatan.

Featured Thu, 4 May 2023

Bekas Suami Didie Alias, Pelakon Ridzuan Hashim Meninggal Dunia

Innalillahiwainnalillhirojiun.. Al-fathihah.. Salam Takziah buat keluarga Allahyarham dan Mami Didie ❤️

error: Content is protected !!