Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi May 30, 2024 @ 4:45pm

Abby Abadi Kongsi Momen Manis Bersama Keluarga, Marissa & Aslam Turut Kelihatan – “Alhamdulillah Masih Ada Kesempatan”  

Pelakon Abby Abadi, 47, mencuri tumpuan warga maya di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Abby berkongsi sebuah rakaman video yang memaparkan momen manis keluarga besarnya ketika menjamu selera di sebuah restoran.

Dalam video berdurasi lebih 1 minit itu, turut kelihatan bekas suaminya yang juga aktor, Norman Hakim bersama isteri, Memey Suhaiza dan anak-anak.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah, anak gadisnya iaitu Marissa Dania Hakim dan suaminya, Ahmad Aslam turut bersama meluangkan masa.

“Bukan untuk memang, kalah… tapi tentang bagaimana mengatasi ujian-ujian yang Allah hadirkan agar kasih sayang keranaNya takkan terus terpadam.

“Alhamdulillah masih ada kesempatan. Terima kasih Allah untuk segalanya,” coret Abby.

Dalam perkongsian berbeza, Abby turut memuat naik sebuah video memaparkan momen dia bersama dua anak gadisnya.

“Doakan yang baik-baik ye. Semoga segala yang baik itu Allah izinkan untuk kita semua, Aminn,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.

Rata-ratanya mengagumi sifat kesabaran Abby dalam berdepan pelbagai ujian sebelum ini.

abby abadi abby abadi

Terdahulu, nama Marissa menjadi bualan ramai apabila kecoh mengenai keputusan dia bernikah dengan jejaka berstatus suami orang dikenali Ahmad Aslam secara senyap Disember tahun lalu.

Lebih mengejutkan, perkahwinan Marissa dan Aslam didakwa berlangsung ketika isteri pertamanya, Umisya Mazlan sedang berada di Tanah Suci Makkah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Marissa Dania Orang Yang Sangat Perahsia, Berani & Banyak Memendam” – Abby Abadi

ARTIKEL BERKAITAN: “Aslam Pemandu E-Hailing, Buat Bisnes Sara Keluarga” – Abby Abadi Harap Anak Diberi Peluang Hidup Bahagia Bersama Suami & Madu

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Patut Hanya Marissa Sahaja Dipersalahkan” – Abby Abadi Mohon Doa Yang Baik-Baik

ARTIKEL BERKAITAN: Ralat & Tak Percaya Anak Pilih Jadi Isteri Kedua… Abby Abadi Reda Terima Ujian

ARTIKEL BERKAITAN: “Setiap Luka Mempunyai Kesempatan Untuk Diubati” – Sempena Syawal, Marissa Bawa Aslam Jumpa Famili… Abby Abadi Kongsi Detik Pertemuan Dengan Menantu

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 31 May 2018

Comedy Planet Tutup, Afdlin Ucap Terima Kasih

Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada yang telah mengunjung dan juga telah memberi sokongan padu kepada kami! Tapi apakan daya, kami sudah tidak mampu meneruskan operasi di Great Eastern Mall. 

Featured Mon, 15 May 2023
Events Sat, 19 Apr 2025

Demi Watak Malik Dalam Blood Brothers, Irfan Zaini Jalani Latihan Aksi Selama 5 Bulan

Irfan bersyukur kerana kehadirannya mula mendapat perhatian.

Featured Wed, 13 Dec 2023
TECH Thu, 4 Apr 2019

These 10 Tips and Tricks for Your Home Will Keep it Neat and Clean

These nifty ideas will help you save time and energy too from cleaning up.

Trending Mon, 10 May 2021

Tiz Zaqyah & Nora Danish Positif COVID-19

Sejak akhir-akhir ini, trend peningkatan COVID 19 semakin membimbangkan terutama apabila munculnya varian berbahaya iatu varian dari Afrika Selatan dan India. Terbaru, pelakon jelita Tiz Zaqyah dan Nora Danish telah disahkan positif COVID-19. Menerusi akaun […]

error: Content is protected !!